Siakap Keli
Gambar : BERNAMA

Cinta Hingga Hujung Nyawa, Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Berpelukkan Dalam Insiden Runtuhan Tapak Pembinaan

Hari ini kita dikejutkan dengan sebuah runtuhan yang berlaku di sebuah bangunan pembinaan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Terminal Gombak, Jalan Taman Melati. Dikatakan bahawa tiga pekerja binaan telah terselamat dari runtuhan berkenaan.

Namun, terdapat salah seorang dari mangsa, tangannya remuk kerana tersepit dibawah runtuhan. Oleh yang demikian, pihak penyelamat terpaksa mengambil keputusan untuk memotong tangannya dan beliau kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Memetik Bernama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata bahawa punca runtuhan adalah disebabkan oleh kelemahan struktur bangunan. Dilaporkan juga bahawa pihak polis masih mencari mangsa yang dipercayai hilang dalam runtuhan berkenaan.

Anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap (Gambar : BERNAMA)

Terbaru, pihak penyelamat berjaya menemui dua mayat warga Indonesia yang dilaporkan hilang dalam insiden terbabit. Lebih memilukan apabila mengetahui bahawaa mereka berdua merupakan pasangan suami isteri. Setakat ini, mereka (penyelamat) masih meneruskan pencarian mereka untuk mencari mangsa di bawah runtuhan tersebut.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.