Siakap Keli
Foto: GympieTimes/FB Mohd Fhais

Bila Anak Nak Dukung Bukan Sebab Mengada-Ngada, Tapi Dia Rindu Pelukan Ayahnya

Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, pasti pusat-pusat membeli belah sering dipenuhi orang ramai tidak kira hujung minggu atau pun harian biasa.

Yang paling seronok membeli-belah selain para wanita sudah pasti anak-anak kecil. Namun ada kalanya, selepas penat berjalan, anak-anak ini akan mula ‘buat perangai’.

Antara yang sering diminta mereka ialah untuk didukung dan selalunya si ayahlah yang akan menjadi ‘mangsa’. Akan tetapi, ketahuilah bahawa anak-anak ini bukanlah mengada-ngada ketika minta didukung, sebaliknya mereka hanya merindui pelukan seorang ayah.

Kenyataan inilah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fhais melalui satu kiriman yang dimuatnaik baru-baru ini.

Bila anak nak dukung tu bukan sebab mengada ngada, tapi dia rindu pelukan dari ayah.

Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.

Allahu, berat Annur Rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.

Tapi bila difikirkan balik, bukan senang pinggang nak patah.

Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.

Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”.

Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.

Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.

Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:

1 – Hubugan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.

2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.

3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.

4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.

5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik

6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.

7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.

Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.

Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Manfaat masa sepenuhnya bersama anak.

Sumber: FB Mohd Fhais

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi