Siakap Keli

“Jika Benar Beri Bukti Pada Polis” Bapa Kanak-Kanak Hilang Kesal Netizen Dakwa Anak Dibunuh

Runtun hati tatkala membaca keluhan hati seorang ayah mengenai kehilangan anaknya.

Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang berusia 8 tahun dikatakan telah hilang sebulan yang lalu selepas kali terakhir dilihat di Pangsapuri seri Dahlia, Kajang.

Menurut ayah mangsa, Mohd Fauzi berkata hari ini merupakan hari yang ke 36 semenjak kehilangan Zahir dan ianya masih tidak ada sebarang berita mengenai kehilangan anaknya itu.


Di saat sang bapa sedang bersedih akan kehilangan anaknya, masih ada lagi segelintir individu yang memberikan komen yang mengatakan bahawa kanak-kanak itu sudah dibunuh.

Meskipun begitu, Mohd Fauzi memberi balasan semula kepada individu tersebut.

Assalammualaikum.w.b.t .

Jika benar, pasti polis hubungi saya utk maklumat puan.apa2 pun , terima kasih maklumat yang di beri… Cuma Saya sebagai bapanya masih tidak tahu. polis pun tidak memberi tahu saya. jika benar apa yg puan tuliskan itu, boleh beri bukti kepada pihak polis…? utk kebenaran apa yg di tuliskan…… Bukan mencabar ya puan… setiap apa2 pun mesti ada bukti…… Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidi Fitri yang akan datang. maaf zahir batin.

Turut memberi komen beberapa netizen lain yang mengatakan komen tersebut hanya akan menyinggung perasaaan keluarga mangsa.

Semoga adik Zahiruddin dapat ditemukan sebelum menjelang raya tidak lama lagi.  Kami di SK mendoakan agar adik Zahiruddin diberi pelindungan walau dimana pun berada. Tabahkan hati ahli keluarganya.  InsyaAllah.

Sumber: Mohd Fauzi

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"