Siakap Keli

Rasai Pengalaman Berbelanja ‘Cashless’ Di bazar Ramadan, Siap Dapat ‘Cashback’ RM 15 Lagi Dengan Boost App

Apabila tibanya Ramadan, antara perkara yang sering dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia adalah kemeriahan bazar-bazar Ramadan. Siapa yang tak suka makanan kan?

Walaupun puasa dan bazar lebih dekat dengan umat Islam, majoriti rakyat Malaysia yang lain juga tidak ingin melepaskan peluang merasai pelbagai juadah unik yang hanya boleh dijumpai dalam tempoh sebulan ini.

Namun kali ini, kami nak berkongsi dengan anda bahawa anda sebenarnya boleh ‘level up’ pengalaman berbelanja di bazar Ramadan dengan menggunakan aplikasi E-Wallet iaitu Boost (Boost App).

Kenapa anda patut memilih Boost App ketika berbelanja di bazar Ramadan? Bagi mereka yang kerap berbelanja di bazar, anda sudah tentu sedia maklum dengan suasananya bukan? Sesak dengan orang ramai, sukar untuk bergerak dan sempit, jadi agak sukar sebenarnya jika mahu membayar menggunakan wang tunai.

Sebagai jalan penyelesaian, gunalah Boost App melalui ‘Scan & Pay’, cukup sekadar anda mengimbas Kod QR yang disediakan oleh peniaga di bazar untuk membayar amaun juadah yang anda beli. Tidak perlu lagi anda meluangkan masa terlalu lama di depan gerai untuk mengira wang dan menyemak baki yang dipulangkan.

Selain itu belanja sebanyak RM15 di bazar Ramadan dan anda akan mendapat cashback sebanyak RM3 sehari, ataupun RM15 cashback sempena bulan puasa ini.

Kat mana korang boleh guna Boost App ni. Antara bazar-bazar yang menggunakan Boost App sebagai transaksi pembayaran adalah bazar-bazar di bawah USJ4, Kelana Jaya, Bangsar, Putrajaya dan banyak lagi. Anda boleh menyemak senarai penuh disini.

Sebelum itu untuk pengetahuan korang, Boost App juga merupakan aplikasi pelbagai guna yang turut menawarkan perkhidmatan tambah nilai, membayar bil, membeli tiket wayang, membeli belah, membayar parkir kenderaan, menderma dan banyak lagi secara cashless.

Setiap transaksi yang dibuat, anda juga layak untuk memperoleh ‘Shake Rewards’. Shake Rewards akan diberikan apabila anda membuat transaksi bagi urusan tambah nilai telefon, menjelaskan bil Celcom, imbas dan bayar, menjelaskan bil-bil utiliti dan bayaran parkir. Secara mudahnya, lebih kerap anda menggunakan Boost App untuk sebarang transaksi, semakin kerap anda mendapat ‘Shake Rewards’ dalam bentuk duit dalam aplikasi.

Selain di bazar Ramadan, anda juga boleh menggunakan ‘Scan & Pay’ ketika transaksi pembayaran di restoran-restoran dan food trucks terpilih, pembelian atas talian serta ketika anda mengisi minyak contohnya di Shell.

Macam tak percaya kan anda diberi duit sekiranya ‘keluarkan duit’, tetapi dengan promosi daripada Boost App semuanya tidak mustahil.

Bukan setakat untuk berbelanja, dengan Boost App juga anda boleh beramal apatah lagi bulan Ramadan ketika ini adalah bulan ibadah. Anda boleh memilih sendiri institusi-institusi keagamaan seperti masjid yang anda ingin salurkan derma.

Boost juga akan menyalurkan sebanyak RM 1 kepada ‘Do Good Tabung’ bagi setiap derma RM 10, bayaran di bazar Ramadan, derma kepada masjid dan juga institusi-institusi keagamaan yang lain.

Anda boleh memuat turun aplikasi Boost di Google Playstore dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Boost App.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.