Siakap Keli

Tular Pemilik Susu Farm Fresh Bukan Muslim, COO Syarikat Itu Tampil Buat Penjelasan

Sehari dua ini heboh di media sosial berkaitan dengan isu produk tenusu terkenal di negara ini iaitu Farm Fresh. Banyak tanggapan dan pendapat yang diberikan oleh masyarakat, tidak kurang terdapat laman di Facebook  yang menyiarkan pendapat peribadi tentang pekara ini.

Lalu, terpanggil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal telah memuatnaik hantaran di laman Facebooknya. Menurut Azmi:

Untuk makluman semua Farm Fresh Sdn bhd di miliki 100% oleh The Holstein milk Company Sdn Bhd. Dalam syarikat Sdn Bhd ia di miliki oleh beberapa shareholder atau pemegang saham dan mempunyai ahli lembaga pengarahnya yang di pertanggungjawabkan mengawal selia operasi syarikat.

Antara pemegang saham THMC ialah khazanah, Mr loi, saya dan beberapa rakan lagi. Loi sbgai CEO, saya sebagai COO dan kini kami dibantu oleh saudara Ganesh sebagai CFO. Kami saling melengkapi dan berusaha bersaing dgn syarikat asing demi membangunkan industri tenusu negara.

Dalam kami mengembangkan perniagaan kami berkongsi peluang dgn masyarakat setempat, kami ujudkan peluang pekerjaan seramai 634orang dan 70% melayu. Datanglah keladang kami, datang lah kekilang kami di muazam. Ramai anak-anak kampung dan felda bekerja di sana.

Kami beri peluang niaga pada 540 keluarga sebagai HD yg dapat pendapatan RM1000 hingga RM3000 sebulan. Pergilah ke bazar ramadhan, lawat lah di pasar malam dan jenguklah media sosial bagaimana mereka ini kami latih berusaha meningkatkan taraf hidup.

Nasihat saya payahlah kita rasis, yang sebaiknya kita bina hubungan baik sesama kita. Kerana kita ditakdirkan di lahirkan di dalam negara berbilang bangsa akan hidup bersama dan tidak usahlah kita berpolitik sepanjang masa dari yg atas sampai yang di bawah.

Bangkitlah berusaha untuk merubah nasib kita. Biarlah ahli politik yang berpolitik, mereka memamg sudah kaya, tapi kita ada mulut yg perlu disuap ada hutang yang perlu dibayar ada anak yang mahu bersekolah. Hanya kita yg boleh mengubah nasib kita.

Sumber : Azmi Zainal

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.