Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi dapat bertolak ansur dengan tahap kepedasan tertentu dalam makanan kita, namun hanya segelintir daripada kita sahaja yang dapat mengatasi kepedasan yang melampau.
Sememangnya rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan makanan-makanan pedas seperti sambal hijau, sambal cili api dan sambal hitam antara yang menjadi kegemaran dan menu utama hidangan harian.


Sebelum ini, Ramen pedas segera atau lebih dikenali Samyang tular apabila tahap kepedasannya menjadi cabaran di media sosial. Terbaru, terdapat lagi satu mi segera yang menjadi kegilaan ramai untuk dibuat cabaran iaitu, Mamee Ghost Pepper Spicy Chicken.

Menariknya lagi, sudah ramai artis dan orang ramai yang cuba menyahut cabaran tersebut dan kebanyakan dari mereka sendiri tidak dapat mengatasi kepedasan tahap ‘nerakanya’.
Jika rakyat kita sendiri tidak mampu untuk mengatasi kepedasan tersebut, apatah lagi warga asing yang sememangnya tidak biasa dengan sajian makanan pedas.




Apa kata mereka?
Terbaru, portal media antarabangsa, Buzzfeed memuat naik video cabaran mi segera Mamee Ghost Pepper Spicy Chicken dan mendapat sebanyak 500,000 tontonan dalam masa 2 hari.
Menerusi video tersebut kelihatan pencabar-pencabar ini tak dapat menahan rasa sensasi daripada mi segera itu.

“Ini bagus. Saya boleh habiskan semuanya,” kata salah seorang daripada mereka.

“Ia seperti tidak dapat diterima tekak,” kata seorang lagi.

“Saya yakin tidak dapat mengatasinya.”
“Badan saya seakan kebas, saya tidak pernah merasakan ‘kesakitan’ seperti ini, sungguh luar biasa.”
Saksikan video penuh mereka dibawah.
Sumber: Buzzfeed