Hati mana yang tidak akan terluka jika ditinggalkan oleh insan yang dicintai sepenuh hati. Namun setiap yang hidup hendaklah meneruskan kehidupan tanpa perlu mempersoal qada dan qadar yang telah ditentukan ilahi,
Terbaru, anak kepada pengasas Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban telah memuatnaik screenshot mesej bersama ibunya dua minggu sebelum tragedi malang tersebut berlaku.
Menurut anaknya, Iqbal Hakim Jasman yang berusia 20 tahun, ibunya ada mengadu selama dua hari berturut-turut berasa tidak sedap badan dan meminta untuk membawanya ke hospital sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya.

Bagaimanapun, Iqbal menegah ibunya supaya tidak berkata yang bukan-bukan.
“Esok, Sabtu, hari kelahiran mami. Orang kata kita akan mati hari kelahiran kita. Badan ni rasa tak sedap dah 2 hari.”
“Penat, kembung perut malam ni. Berasa nak muntah. Tak sedap rasa. Kalau terjadi apa-apa, nanti bawa pergi ke hospital,” kata ibunya.
Iqbal membalas mesej itu, jika ibunya sudah tiada, siapa yang akan menjaga mereka lapan beradik.
Iqbar_hakimSelain itu, Iqbal juga dikatakan telah memuatnaik satu foto bersama ibunya dengan caption “Kita dah janji nak live sama-sama 20 dan 23 dalam WHi dan SPM. Tapi?… Semoga semangat mama beralih kepada abang.. I love you so much.”
Iqbar_hakimSumber:
Iqbal Hakim Jasman