Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Sesungguhnya Malam Tersebut Bersih Terang..” Tanda Lailatul Qadar Menurut Hadith Dikongsikan Mufti

Pejam celik pejam pelik, kita telah sampai ke 10 hari terakhir Ramadhan. Rasanya seolah-olah baru seminggu berpuasa, tetapi waktu berlalu dengan sungguh cepat. Setiap mukmin pastinya bercita-cita untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan, malam Lailatul Qadar.

Alangkah beruntungnya sesiapa yang berjaya ‘ditemukan’ dengan malam ini kerana Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.” (1)

Gambar hiasan. (Gambar: Life In The North Woods)

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilakah malam al-Qadar berlaku. Ada yang mengatakan malam 21, ada yang katakan malam 24 dan ada yang mendakwa malam 27 berdasarkan dalil masing-masing. Walaubagaimanapun, hikmah malam tersebut dirahsiakan ialah bagi menggalakkan kita untuk menghidupkan setiap malam.

Ikuti penjelasannya di laman Mufti Wilayah Persekutuan, Memburu Lailatul Qadar.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

1. Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:

“Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

Lihat Umdah al-Qari 11/134.

2. Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Gambar hiasan. (Gambar: Ukraine Travel Guide)

3. Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:

“Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”

Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Amira

Love yourself.