Siakap Keli

(Video)Gambaran Rupa Seakan Sama, NASA Dah Jumpa Kembar Bumi Di Angkasa?

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sebelum ini pernah mendedahkan pihaknya berjaya menemui ‘kembar’ Bumi yang terletak di Zon Goldilocks dalam galaksi yang sama.

Zon Goldilocks adalah adalah kawasan yang boleh menampung kehidupan dimana ia mengelilingi bintang yang membolehkan cecair wujud pada permukaan sesebuah planet.

Dikenali sebagai Kepler-186f, planet ini terletak pada jarak kira-kira 500 tahun cahaya dari Bumi di kawasan Buruj Cygnus. Walaupun saintis membuat anggaran bahawa terdapat sekitar 40 bilion planet bersaiz Bumi dalam Galaksi Bimasakti, ini adalah kali pertama sebuah planet bersaiz Bumi ditemui terletak dalam zon boleh menampung kehidupan.

Menurut The Science Knowledge (TSK), NASA turut menemui 4 buat planet lain bersama-sama Kepler-186f yang mengorbit sebuah bintang, menyamai sistem solar. Berdasarkan penemuan ini, saintis berpendapat ada kemungkinan planet ini boleh menampung kehidupan.

”Kita tahu, dalam sistem solar cuma Bumi yang mempunyai penghuni. Jadi dalam misi pencarian kehidupan di sistem lain, kami cuba mencari sistem yang menyamai sistem Bumi.

”Kejaya menemui sebuah planet bersaiz Bumi di zon boleh menampung kehidupan adalah pencapaian mengagumkan”, kata Elisa Quintana daripada SETI Institute, NASA.

Kepler-186f dikatakan mengelilingi sebuah bintang bersaiz separuh daripada Matahari dan menghabiskan satu pusingan lengkap dalam masa 130 hari.

Manakala kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Goergia pula, Kepler-186f berputar pada paksinya dengan stabil sekaligus mereka menjangkakan di planet berkenaan turut berlaku perubahan cuaca seperti di Bumi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini saintis kekurangan maklumat untuk mengesahkan sama ada wujud hidupan mahu pun air di planet berkenaan. Oleh itu mereka berpendapat tumpuan kepada planet tersebut dan kajian berterusan perlu dilakukan.

 

Sumber: TSK, CNET

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.