Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Sisa Plastik Negara British Yang Sepatutnya Dikitar Semula Ditemui Di Tempat Buangan Malaysia

Chef selebriti Hugh Fearnley-Whittingstall terkejut setelah menemui timbunan sisa plastik daripada British yang sepatutnya dikitar semula di negara itu berada di sebuah tempat pelupusan sampah di Malaysia.

Timbunan sisa plastik tersebut dipercayai telah di hantar ke Malaysia melalui jalan laut, sisa plastik tersebut berkemungkinan hanya dibuang ataupun akan dibakar bagi melupuskannya.

Dalam sebuah dokumentari penyiasatan BBC yang dihoskan oleh Hugh dan Anita Rani, mereka telah membongkar timbunan sisa plastik yang berketinggian setinggi 20 kaki itu datangnya dari British.

Dengan beberapa beg plastik yang mempunyai jenama dari British, Hugh mengesahkan bahawa memang ternyata sisa plastik dari negara itu tidak dikitar semula, sebaliknya ia telah dihantar ke Malaysia untuk dilupuskan.

Gambar: Mirror

Hugh, 54, berkata bahawa:“Ianya bagaikan suatu mimpi ngeri yang menakutkan. Sebuah planet plastik.

“Ketika kami cuba menjaga alam dengan mengamalkan amalan kitar semula di UK, kami ingat kami telah berjaya melakukan tanggungjawab kami yang sepatutnya.

“Saya telah memainkan peranan dalam mengitar semula dan saya rasa lega dapat melindungi alam sekitar. Setidaknya saya pernah rasa lega dulu, namun selepas melihat timbunan sisa plastik ini, segalanya terus berubah.

“Saya berasa malu, saya berasa sia-sia, saya berasa marah, dan saya rasa seolah-olah saya telah ditipu.”

Timbunan sampah itu juga turut mengandungi berjuta-juta bahan plastik kecil yang akan menyebabkan pencemaran seterusnya boleh merebak dan mencemarkan sungai-sungai berdekatan serta menjejaskan hidupan marin.

Gambar: Mirror

“Sungguh mengejutkan untuk mengetahui bahawa sampah-sampah ini telah dibuang ke luar negara.

“Dengan menyokong inisatif yang dilakukan oleh seluruh masyarakat dunia, kami telah mengamalkan budaya kitar semula. Meskipun kami telah melakukan perkara yang betul, sampah tersebut berakhir dengan cara yang tidak betul,” ujar Anita.

Seorang aktivis Greenpeace UK yang bernama Louise Edge menyatakan bahawa:“Gambar yang mengejutkan ini berjaya mendedahkan bahawa betapa teruknya krisis pembuangan sisa plastik yang berlaku di negara kita ketika ini.

Kita tidak boleh sesuka hati membuang sampah di belakang halaman rumah orang. Ianya bukanlah satu langkah penyelesaian yang baik.”

Gambar: Mirror

Pada tahun lepas, sejumlah 65,000 tan sisa plastik telah dieksport oleh UK. Sehingga 2018, China merupakan penerima terbesar sisa plastik yang dihantar oleh UK itu.

Selepas sahaja kerajaan China telah mengharamkan urusan perdagangan tersebut, sisa plastik tersebut telah dihantar ke Malaysia. Anggaran yang sisa plastik diterima pada tahun lalu sahaja dianggarkan berjumlah sebanyak 130,000 tan.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right