Siakap Keli

‘Diagnosis Awal Doktor Sebagai Tekanan Universiti’ Wanita Kongsi Gambar Tengkorak Selepas Dibuka Untuk Buang Tumor

Seorang wanita telah berkongsi beberapa keping gambar tengkoraknya yang dibelah untuk membuang tumor otak yang dihadapi olehnya.

Sophie Wardle, 28, dari Birmingham, West Midlands pada mulanya percaya bahawa sawan yang sering menyerangnya hanyalah serangan kecemasan.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, doktor menganggap kesukaran bernafas dan kekejagan otot yang terjadi ketika dia di universiti dicetuskan oleh tekanan semasa dia belajar dan tanggungjawab yang digalas sebagai ibu.

Setelah mengalami kekejangan, dia sempat berjumpa dengan doktor dan doktor seterusnya melakukan imbasan MRI yang akhirnya mengesan punca masalah kesihatan dirinya.

Hasil pemerhatian yang dibuat, doktor mendapati Wardle menghidap kraniotomi- dimana sebahagian daripada otaknya perlu dikeluarkan, untuk membuang tumor sebesar saiz sebiji oren atau separuh dari otaknya.

Wardle yang bercita-cita untuk menjadi jururawat itu didiagnosis semula dengan tumor lain pada bulan Ogos 2018 dan masih menjalani rawatan sehingga kini.

Wardle berkongsi cerita kesakitan yang ditanggung olehnya dengan harapan pembaca dapat menjaga kesihatan diri sendiri “saya fikir saya hanya menderita akibat tekanan semasa saya menuntut di universiti. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya menghidap tumor otak”

“Saya mula berjuang melawan kesakitan saya dengan tanggapan doktor hanyalah gejala kekejangan otot dan sesak nafas selepas tujuh bulan memulakan kursus saya untuk menjadi jururawat”

“Saya mula bimbang apabila otot saya menjadi kaku dan mula menggeletar tetapi doktor masih meyakinkan bahawa ia muncul seolah-olah saya hanyalah sakit akibat tekanan sehinggalah doktor melihat saya menderita kesakitan semasa berselisih di koridor, barulah mereka memandang dengan lebih serius”

Tumor tersebut terletak di lobus temporal di hadapan otak yang bertanggungjawab untuk bercakap, menyelesaikan masalah dan sebahagian personaliti.

Bermula pada 24 Mac 2014, dia memulakan operasi membuang tumor dan menjalankan kemoterapi. Namun pada bulan Ogos 2018, dia sekali lagi disahkan mempunyai kanser otak peringkat ketiga yang memerlukan lebih banyak rawatan.

Pada 14 Ogos 2018, dia menjalani ‘craniotomy’ dimana pesakit akan sedar semasa proses pembedahan dijalankan. Ini adalah salah satu pembedahan pilihan untuk menghilangkan tumor yang paling dekat atau paling penting otak kerana ia akan membenarkan doktor menguji fungsi pesakit secara berterusan.

“Saya diberitahu saya perlu bangun apabila ahli bedah mengeluarkan isi bahagian tumor dan ia adalah sangat menakutkan. Pembedahan sebegini juga adalah salah penyebab kepada strok atau otak berdarah namun pasukan perubatan melakukanya dengan baik sekali”

“Saya tahu saya tidak akan bebas dari tumor, yang saya namakan Timmy, tetapi saya berhasrat untuk menikmati setiap saat bersama anak-anak saya” tambahnya lagi.

Bagaimana pembedahan ‘Awake Craniotomy’ dilakukan?

Pembedahan otak secara sedar, juga dikenali sebagai ‘craniotomy awake’, adalah jenis pembedahan yang memerlukan pesakit sedar semasa pembedahan dijalankan.

Craniotomy awake boleh dilakukan untuk merawat tumor di kawasan otak yang mengawal penglihatan, gerakan atau ucapan.

Ia memastikan pakar bedah membuang tumor di kawasan otak yang betul sambil mengurangkan risiko kerosakan ke kawasan yang mengawal bahasa, pertuturan dan kemahiran motor. 

Ia boleh menjadi sukar untuk menentukan bahagian-bahagian ini sebelum pembedahan, manakala operasi terjaga membolehkan pakar bedah mengetahui bahagian mana otak mengawal fungsi-fungsi ini supaya dapat dielakkan. 

Prosedur ini bermula dengan pengambilan ubat oleh pesakit untuk membuatkan mereka berasa mengantuk sebelum ubat ‘numbing’ digunakan pada kulit kepala pesakit. Doktor kemudianya akan mengeluarkan bahagian tumor daripada tengkorak untuk mencapai otak.

Semasa pembedahan, ubat penenag dihentikan untuk mebolehkan pesakit sedar dan bangun. Pesakit kemudianya akan ditanya soalan-soalan, diberitahu untuk mengira dan mengenalpasti gamba dari kad.

Ini membantu pakar untuk mengenalpasti dan mengelakkan ‘mengganggu’ bahagian otak yang berfungsi.

Antara risiko pembedahan ini termasuklah;

  • Masalah visi, pertuturan atau pembelajaran

  • Kejang

  • Hilang ingatan

  • Baki atau penyelarasan yang tidak baik

  • Strok

  • Meningitis

  • Mengalirkan bendalir tulang belakang

  • Otot lemah

Sumber: DailyMail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia