Siakap Keli

Hairan, Kenapa Jarum Jam Berputar Dari Kiri Ke Kanan? Ini Alasannya

Pernah tak anda terfikir kenapa jarum jam di seluruh dunia hampir kesemuanya berputar dari arah kiri ke kanan? Kenapa tidak dari kanan ke kiri? Dari mana asal usul bermulanya jarum jam berputar sedemikian rupa? Ini jawapannya.

Jam Matahari

Sebelum kewujudan jam analog dan jam digital, manusia terlebih dahulu menggunakan jam matahari untuk menentukan masa. Lebih tepat lagi, penggunaan jam matahari bermula sekitar 2,000 sebelum Masihi.

Ketika itu, jam matahari yang dimaksudkan adalah sebatang kayu yang dipacak di atas tanah. Perubahan bayang batang kayu seiring dengan pergerakkan matahari yang dilihat dari Bumi itulah kemudian diguna untuk menyukat waktu.

Ikut bayang di bahagian utara Bumi

Jika anda berada di bahagian utara Bumi, Matahari dilihat terbit daripada bahagian timur, melalui kawasan selatan sebelum terbenam di bahagian barat. Bahagian timur berada di sebelah kanan manakala barat berada di sebelah kiri.

Pada waktu pagi, bayang objek akan berada di sebelah kiri kerana Matahari berada di sebelah kanan manakala pada waktu petang bayang objek bergerak ke arah kanan kerana Matahari bergerak ke arah Barat.

Jadi, Matahari berputar dari arah kanan ke kiri dan bayang bergerah dari arah berlawanan dari kiri ke kanan. Dari pergerakkan bayang ini kemudian menjadi asas kepada pergerakkan jarum jam.

Mengapa tak ikut bayang di bahagian selatan Bumi?

Di kawasan Bumi bahagian selatan, Matahari dilihat terbit daripada timur, melewati kawasan utara sebelum terbenam di bahagian barat. Oleh sebab itu, timur berada di sebelah kiri manakala barat berada di sebelah kanan. Keadaan ini menyebabkan bayang-bayang di bahagian selatan kelihatan bergerak dari arah kanan ke kiri.

Jadi kenapa tak ikut bayang-bayang di bahagian selatan? Ini disebabkan rata-rata tamadun besar dunia bermula daripada utara. Peradaban-peradaban purba seperti Mesir, Mesopotamia, Indus dan Sungai Kuning semuanya bermula di bahagian utara Bumi.

Hanya sedikit sahaja tamadun bermula di bahagian selatan sehinggakan jam yang pertama kali dicipta juga bermula daripada tamadun diutara.

Siapa tahu, jika daratan lebih banyak di bahagian selatan ataupun jam pertama kali dicipta di bahagian selatan, mungkin sahaja jarum jam yang ada pada hari ini berputar dari kanan ke kiri.

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.