Siakap Keli

Harum Manis Dipercayai Boleh Langsingkan Tubuh, Sekat Perkembangan Sel Lemak – Kajian

Semua orang tahu sekarang adalah musim buah mangga Harum Manis di negeri Perlis. Setiap tahun dari bulan April hingga Jun, negeri ini tidak lekang pengunjung yang datang untuk mendapatkan harum manis yang segar. Boleh dikatakan masyarakat Malaysia mahupun luar sangat sukakan buahan ini.

Di Perlis dan kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu mangga yang aromanya harum, manis dan isinya yang tebal kekuningan dimakan dengan pulut sebagai salah satu sajian tradisi.

Namun begitu ia juga enak dimakan begitu sahaja, dibuat jus, jem atau dicampur dalam masakan lain. Mungkin ramai yang belum tahu tentang khasiatnya untuk kecantikan para wanita. Percaya atau tidak, buah mangga harum manis ini boleh melangsingkan tubuh badan anda.

Ini buktinya yang membuatkan anda terkejut bila membacanya.

  • Satu kajian terbaru menunjukkan, buah mangga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengawal berat badan dengan menyekat perkembangan sel lemak.
  • Kajian yang berbeza menunjukkan kulit buah mangga boleh menyekat pembentukan tisu lemak, sama seperti fungsi anti oksidan resveratol.
  • Buah-buahan manis seperti mangga boleh mempunyai banyak gula. Tetapi gula buahnya berbeza daripada gula yang diproses kerana ia diseimbangkan oleh serat dan pelbagai nutrien untuk badan.
  • Buah-buahan manis seperti mangga juga merupakan alternatif yang BAIK untuk makanan ringan dan makanan segera yang sememangnya TIDAK SIHAT

Nak langsing bukan sekadar makan mangga ya, tiada jalan pintas. Perlu amalkan gaya hidup sihat secara keseluruhan.

KHASIAT LAIN MANGGA

Vitamin A

  • Mangga kaya dengan vitamin A. Vitamin ini mempunyai banyak fungsi penting dalam tubuh, terutamanya untuk mata dan kulit. Ia juga meningkatkan kesihatan tulang anda, serta sistem pembiakan dan sistem imun.

Vitamin C

  • Mangga adalah salah satu sumber makanan tertinggi vitamin C. Vitamin ini penting untuk sistem imun anda.

Melancarkan pencernaan

  • Penggunaan mangga telah menunjukkan hasil yang mengagumkan pada orang yang mengalami sembelit kronik.

PENTING!!

KESEDERHANAAN ANDALAH KUNCI

Pastikan pengambilan anda TIDAK melebihi 2 cawan sehari.

Sekiranya anda menghidap kencing manis atau keadaan kesihatan lain yang membuat anda sensitif terhadap buah atau gula, berbincang dengan doktor anda tentang apa yang sesuai untuk anda. Kajian manfaat buah mempelam masih di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak kajian yang lebih kukuh.

 

Sumber: Public Health 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang