Siakap Keli
Gambar : CNN

Seorang Pelajar Sekolah Rendah Terbunuh Dalam Insiden Lelaki Mengamuk

Laporan terkini menyatakan seorang kanak-kanak sekolah rendah telah terkorban manakala lapan yang lain (kanak-kanak) tercedera  dalam insiden lelaki mengamuk pagi tadi. Dikatakan bahawa 15 orang telah mangsa tikam secara rambang di sebuah taman pinggir Tokyo. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan, kejadian sadis itu berlaku pada 7.44 pagi.

Gambar : Japan Times

3 orang mangsa termasuk pelajar sekolah rendah berada dalam kedaan kritikal. Agensi penyiaran awam, NHK menyatakan bahawa semua mangsa telah di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40 an hingga 50 an telah mengamuk dan menikam sesiapa sahaja secara rawak di hentian bas sekolah berhampiran taman terbabit. Suspek dikatakan berada dalam keadaan kritikal setelah mengelar lehernya sendiri selepas insiden berkenaan.

Sumber :  CNN , Japan Times , The Guardian

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.