Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Ya Rabbi Hancurnya Hati Si Ibu”, Jangan Tanya 5 Soalan Sensitif Tentang Anak Orang Lain Bila Raya Nanti

Lebih kurang seminggu lagi orang muslim akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, semangat betul rasanya untuk menyambutnya. Semua orang tahu, raya setahun sekali saja. Aktiviti kunjung-mengunjung juga pastinya akan memeriahkan lagi suasana raya itu nanti.

Tambahan lagi kalau sudah lama tak jumpa. Pastinya banyak cerita yang akan dikongsi bersama sambil makan rendang, ketupat, lemang, lontong dan macam-macam lagi. Tapi pernah anda mempunyai pengalaman di mana, anda terlalu seronok sehinggakan tidak menjaga hati dengan soalan yang diajukan?

Melalui satu posting daripada laman Facebook Dr Taufiq Razif, beliau sangat menekankan tentang 5 benda sentisitf ini tentang anak orang lain bila pergi beraya nanti.

1. Kenapa bayi awak gelap?

Tak ada mak ayah di dunia ni yang boleh ‘order’ nak anak hitam ke putih. Warna kulit anak ditentukan oleh pigmen melanin kulit yang diturunkan melalui genetik & juga pengaruh sekelilingnya. Kadangkala tu memerlukan lebih 6 bulan untuk si bayi tu mendapatkan tona kulitnya yang sebenar. Bertanya tentang kulit anak hanya menyinggung perasaan si ibu yang baru habis menggadaikan nyawanya untuk kelahiran bayinya!

2. Kenapa kulit bayi awak keriput dan tak cantik?

Memang itulah perkembangan kulit anak kita. Kalau korang tengok kulit baby baru lahir lagilah, kadang tu penuh dengan lapisan kuning seakan akan lapisan cheese ( vernix caseosa ) dan juga penuh dengan bulu halus ( lanugo). Kita dulu pun sama juga keriputnya!

3. Kenapa bayi asyik menangis je tu? Mesti susu badan awak tak sedap kan?

Ingat, pantang paling keras untuk disebut di depan ibu sedang berpantang adalah bila kita komen tentang susu badannya. Ibu ini perlukan ‘self esteem’ yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk menyusukan anak ni. Ramai ibu di luar sana yang menyerah kalah dan taknak menyusu anak dah sebab komen komen tetamu yang menjatuhkan moral dan penuh sindiran.

4. Kenapa bayi awak tak macam anak saya?

Ini paling menyentap jiwa si ibu yang baru melahirkan. Jangan banding bandingkan anak anak gitu. Setiap perkembangan anak berbeza dan takkan sama. Biarlah doktor yang tentukan samada anak orang tu ada apa apa masalah perkembangan ke tak. Bandingkan anak hanya akan membuatkan si ibu tadi menjadi cemas (anxious mother).

5. Kenapa muka bayi tak sama dengan awak?

Punyalah si ibu ni kena hadap 9 bulan 10 hari si anak tu di dalam kandungan. Dengan muntah tak berhenti di awal kehamilan ( hyperemesis gravidarum ) sehingga lah merasakan kesakitan kontraksi rahim ( contraction pain) bila nak melahirkan. Bila tengah melahirkan pula kena pula rasa hirisan episiotomy & segala risiko kematian ketika proses bersalin, tapi bila dah lahir orang duk kata si anak tu tak ada iras si ibu pun.

Ya Rabbi hancurnya hati si ibu tu. Jadi, nak komen apa-apa tentang si anak itu kenalah sensitif dulu dengan perasaan dan emosi si ibu. Jangan main-main dengan ibu yang tertekan. Ingat, ibu yang tertekan ni kesannya bukan cuma pada si ibu je tapi bayinya akan ikut terkena sekali!

 

 

Sumber: Taufiq Razif,

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang