Siakap Keli

Padah Main Tembak Getah Atas Jalan Raya, Lelaki Didenda RM911

Setiap negara ataupun sesuatu kawasan telah diperuntukkan beberapa peraturan dan larangan. Oleh itu, rakyat mahupun penduduk setempat perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Namun begitu, anda perlu berhati-hati akan perkara-perkara yang remeh kerana ia juga boleh membawa padah kepada diri anda.

Seperti yang berlaku di Singapura, seorang lelaki disaman atas sebab melastik dua gelang getah ke arah jalan raya. Perbuatan yang dianggap remeh itu mengundang padah kepadanya apabila pegawai dari Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menghampirinya dan mengenakan denda kepadanya.

Lelaki tersebut dikenakan denda atas kesalahan membuang sampah di jalan raya. Hanya disebabkan dua gelang getah yang dituju ke arah jalan, lelaki tersebut dikenakan denda sebanyak S $ 300 (RM911).\

Gambar: khrluffy – Twitter

Kejadian tersebut berlaku apabila pegawai NEA memerhatikan seorang lelaki yang berjalan ke arah kenderaannya dan menembak dua gelang getah ke udara satu persatu. Disebabkan getah tersebut mendarat di atas jalan awam, perbuatan tersebut ternyata salah.

Menurut agensi itu, orang ramai perlu mempunyai kesedaran mengenai sampah yang akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa sampah mempunyai kesan kepada alam sekitar.  Jaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah adalah menjadi tanggungjawab.

Sumber: CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa