Siakap Keli

Malaysia Terus Sokong, Huawei Perkenalkan Telefon Pintar Kelas Permulaan Dengan Tanda Harga Yang Tak Masuk Akal

Umum semua mengetahui bahawa baru-baru ini Google telah menarik semula lesen Android yang diberikan kepada Huawei. Dalam pada itu juga, beberapa syarikat gergasi dalam bidang teknologi juga menarik diri dari bekerjasama dengan Huawei. Namun, Malaysia mempunya pendirian tersendiri terhadap Huawei. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Malaysia akan terus memberikan sokongan padu kepada Huawei dalam mebawa kepakaran dan teknologi mereka ke pasaran Malaysia. Ucapan itu disampaikan ketika berucap di Persidangan Future Of Asia di Tokyo, Jepun.

Selain itu, Tun Mahathir juga menunjukkan keyakinan terhadap terhadap teknologi 5G daripada Huawei ketika Pameran 5G di Putrajaya baru-baru ini. Dari perspektif pelanggan pula, telefon pintar Huawei sudah menjadi kegilaan di Malaysia dan produk keluaran terbaru iaitu Huawei P30 series mendapat perhatian popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di atas keyakinan Malaysia terhadap pasaran Huawei, Huawei meneruskan lagi membawa satu lagi produk baru untuk rakyat Malasia. Huawei memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan Huawei Y5 2019. Telefon pintar terbaru ini hadir dengan prestasi kamera yang hebat, kepantasan teknologi face unlock pantas dan jua storan memori yang lebih besar. Tambah menarik lagi, Huawei Y5 2019 ini hadir dengan warna Amber Brown yang memiliki tekstur unik seakan kulit.

Bermula hari ini, Huawei Y5 ini akan mula dijual di semua Huawei Experience Store dan Official Online Store dengan tanda harga RM459 sahaja. Selain itu juga, jika anda membuat pembelian terus melalui store rasmi Huawei, anda berpeluang memenangi Huawei MediaPad M3 Lite yang bernilai RM999.

Telefon pintar yang sangat mampu untuk dimiliki oleh setiap golongan pengguna, Huawei Y5 2019 didatangkan dengan fungsi yang sangat ringkas dan praktikal untuk pengguna. Prestasi kamera yang luar biasa dilengkapi dengan 13MP f/1.8 bagi kamera utama dan mampu mengambil gambar keluarga yang sangat cantic wallaupun ketika dalam keadaan kurang cahaya.

Tambahan lagi, Huawei Y5 2019 juga dilengkapi dengan Face Unlock yang pantas dan sudah tentu sangat sesuai jika berlaku sebarang masalah kepada pengimbas cap jari. Sementara itu, anda tidak perlu risau lagi dengan ruang storan yang tidak mencukupi kerana Huawei Y5 2019 ini didatangkan dengan kapasiti memori sebesar 32GB dengan tambahan memori sehingga 512GB yang sangat membantu kepada pengguna yang berhadapan masalah terhadap kapasiti memori. Rekaan panel belakang seakan kulit yang ditampilkan pada Huawei Y5 2019 yang akan meningkatkan cengkaman walaupun dipegang dengan satu tangan.

Ini spesifikasi lain yang ada pada Huawei Y5 2019:

  • 13MP f/1.8 rear camera;
  • 5MP front camera with intelligent beautification algorithms;
  • 3 card slots;
  • 2GB RAM+32GB of ROM with 512GB of additional storage space;
  • Faster and low-light Face unlock;
  • 71″ dewdrop display with 84.6% screen to body ratio;
  • 3,020 mAh (typical value*) battery;
  • Leather-like texture with three colors: Modern Black/Amber Brown/Sapphire Blue;
  • EMUI 9.0+Andriod 9.0 Pie.

Pada musim perayaan yang bakal tiba tak lama lagi, Huawei menawarkan tawaran istimew apabila anda membeli Huawei Y5 2019 ini and aberpeluang menjadi antara 999 pemenang bertuah untuk memenangi Huawei MediaPad M3 Lite bermula sekarang sehingga 16 Jun 2019. Cara untuk menyertai mudah sahaja, pelanggan perlu lawati Huawei , isi butiran peribadi dan pemenang akan diumumkan selepas Tarikh penyertaan ditutup. Huawei Y5 2019 akan mula dijual di pasaran dengan tanda harga rasmi RM459 di semua Huawei store fizikal dan juga Huawei  Official Online Store. Sla layari laman web Huawei dan laman rasmi Facebook Huawei untuk maklumat lanjut.



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)