Siakap Keli

Sedihnya Tengok, Rider Curi-Curi Buka Puasa, Pemuda Cina Tersentuh Melihat Apa Yang Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila tibanya bulan Ramadhan, pasti ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati pelbagai juadah. Namun, ada juga yang tidak berpeluang berbuat demikian kerana kekangan kerja.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda berbangsa Cina, Teik Sin Teoh, yang tersentuh dengan situasi berbuka puasa seorang penghantar makanan. Gambar-gambar tersebut dirakamkan ketika lelaki dalam gambar tersebut memberhentikan motor yang dibawanya.

Lelaki berkenaan dilihat menuju ke tepi bangunan dan mengeluarkan makanan untuk berbuka puasa seorang diri. Tanpa meja dan kerusi serta tempat yang selesa, lelaki tu segera menghabiskan makanan untuk menyambung semula kerja.

Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat, namun jika dilihat dari sudut yang positif boleh membawa keinsafan untuk kita mensyukuri nikmat yang dimiliki pada hari ini. Tidak semua bernasib baik, masih ramai di luar sana terpaksa melakukan apa sahaja demi sesuap nasi.

Kehidupan sememangnya tidak mudah.

Ada yang berbuka puasa di rumah bersama keluarga dengan makanan yang hebat, sementara ada yang bersembunyi di satu sudut bersendirian berbuka puasa.

Anda mungkin bukan yang paling berjaya, tetapi selagi anda bekerja keras, saya percaya kejayaan pada masa depan berpihak pada anda.

Walaupun saya tidak kenal siapa anda tetapi saya mengagumi usaha dan kerja keras anda.

Sumber : Teik Sin Teoh

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.