Siakap Keli
Gambar: Blog Uptodown International

Penggunaan Twitter Dalam Kalangan Pelajar Boleh Jadi Punca Keputusan Peperiksaan Menurun – Saintis

Penggunaan Twitter sebagai medium untuk berdebat boleh menjejaskan kualiti ucapan seseorang di khalayak ramai, menurut kajian.

Saintis telah mengesahkan bahawa penggunaan Twitter di kalangan pelajar boleh mendorong kepada penurunan prestasi dalam keputusan peperiksaan sebanyak 25 peratus hingga 40 peratus.

Menurut saintis, penurunan prestasi tersebut boleh dilihat secara ketara melalui pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik, dan telah terbukti bahawa penggunaan media sosial telah menjejaskan prestasi mereka.

Gambar: The Verge

CEO syarikat Twitter Jack Dorsey ada menyatakan pada tahun lalu bahawa, Twitter ditubuhkan bertujuan untuk membina sebuah sistem bagi menggalakkan pengguna berbual, berdebat secara sihat serta mengeluarkan idea-idea yang menarik serta segar.

Walau bagaimanapun, hasil daripada kajian tersebut telah berjaya membuktikan bahawa apa yang telah dikatakan oleh orang ramai adalah betul.  iaitu sosial media bukanlah tempat yang terbaik untuk berbincang secara telus.

Pengkaji daripada Catholic University of the Sacred Heart di Milan telah melakukan kajian tentang prestasi kira-kira 1500 pelajar yang bersekolah di 70 buah sekolah menengah di Itali yang berlainan semasa musim persekolahan pada tahun 2016 hingga 2018.

Pelajar-pelajar tersebut telah diberikan sebuah novel yang ditulis pada tahun 1904 oleh Luigi Pirandello untuk dikaji.

Teks yang terdapat didalam novel yang bertajuk The Late Mattia Pascal itu berkenaan dengan pengetahuan diri serta kemusnahan diri.

Setengah daripada pelajar tersebut digalakkan untuk berbincang dan menganalisis teks tersebut di Twitter, sambil diperhatikan pensyarah mereka.

Baki setengah lagi daripada pelajar tersebut berbincang dengan cara tradisional iaitu secara pembentangan pendapat di dalam kelas.

Hasil daripada kajian yang dijalankan tersebut mendapati bahawa pelajar yang menggunakan Twitter telah mengalami penurunan prestasi ketika melakukan ujian.

‘Ianya mendatangkan kesan yang agak buruk,’ ujar profesor Gian Paolo Barbetta yang merupakan pensyarah polisi ekonomi universiti tersebut dalam satu temubual yang dilakukan dengan The Washington Post.

‘Saya tidak dapat pastikan bahawa apa yang telah mengubah pemikiran mereka, namun saya berani untuk mengatakan bahawa ada sesuatu yang mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku serta prestasi mereka.’

Sehubungan dengan itu, saintis mencadangkan bahawa kita semua perlulah sentiasa berhati-hati dalam menggunakan Twitter sebagai medium untuk berdebat berkenaan dengan isu-isu semasa.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right