Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terkini : MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, 12 Buah Negeri Diramal Terima Kesan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkandua belas buah negeri sehingga jam 5 petang ini. Antara negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sementara itu di Kedah, kawasan yang diramal terjejas adalah Kubang Pasu, Padang Terap dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, Daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Di Negeri Sembilan pula, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Seterusnya di Sabah dan Sarawak, kawasan yang dijangka akan terkesan adalah di Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan), Kudat (Kota Marudu). Sementara di Sarawakm Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.