Siakap Keli

(Video)’So Spicy So Drama’, Domino’s Pizza Bawakan Kembali Memori K-Drama Dengan Ssamjeang Pizza

Untuk para peminat makanan fast food, salah satu rangkaian restoran yang wajib dikunjungi adalah Domino’s Pizza yang mengajikan makanan sinonim dengan orang-orang Itali.

Dengan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia terhadap muzik K-Pop dan K-Drama dari Korea Selatan, Domino’s Pizza tampil dengan kelainan apabila membawakan membawa kembali Ssamjeang Pizza, khas buat mereka yang tahan pedas ataupun teruja untuk mencuba sesuatu yang baru.

Bukan satu, bukan dua tapi tiga. Ya, tiga. Domino’z Pizza membawakan tiga perisa Ssamjeang Pizza dengan Ssamjeang Beef Pizza adalah yang paling pedas melalui kempen ‘So Spicy So Drama’.

Kami dah cuba dan thumbs up kepada Domino’s Pizza. Ia benar-benar pedas dan kami berpendapat anda wajib mencubanya. Kalau anda nak tahu, Ssamjeang Beef Pizza menjadi pizza paling laris pada 2018, jadi bukti bahawa rakyat Malaysia memang benar-benar menikmati pizza ini.

Tak tahan pedas? Jangan risau, Domino’s Pizza turut membawakan dua lagi perisa baru yang sesuai untuk anda yang tidak makan pedas tetapi gemar dengan makanan Korea. Anda boleh memilih sama ada Ssamjeang Chicken Pizza atau Ssamjeang Tuna Pizza.

Tak cukup dengan tiga set pizza yang dikembalikan, Domino’s Pizza turut membawa kembali menu-menu istimewa yang lain antaranya ayam-Haseyo Chicken Wings iaitu kepak ayam yang disaluti dengan sos Ssamjeang yang lazat dan ditaburi dengan bijan serta parsli kering digemari ramai.

Bersempena dengan kempen ‘So Spicy So Drama’ ini, Domino’s Pizza menawarkan promosi Ssamjeang Buddy Combo iaitu Ssamjeang Pizza Regular, 1 Chessy Cheddar Stix/Mozarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga RM 39.90, dengan penjimatan sebanyak RM 25.60.

Selain itu, tawaran Ssamjeang Super Combo pula, anda boleh memilih 1 Ssamjeang Pizza Regular, 1 pizza Regular, 1 Chessy Cheddar Stix/Mozzarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada hanya RM 54.90, dengan penjimatan sebanyak RM 37.60.

Untuk nilai lebi hebat, pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deals dan mendapatkan pizza Samjeang dengan tambahan keju, yang boleh didapati pada harga daripada RM 35.90 untuk dua pizza regular, RM 56.90 untuk dua pizza Large dan RM 77.90 untuk dua pizza Xtra Large.

Istimewa untuk hari Selasa, Ssamjeang Pizza saiz Personal boleh didpati sempena Super Tuesday dengan harga serendah RM 3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM 4.90 untuk pesanan dari kaunter.

Ssamjeang Pizza boleh didapati disemua cawangan Domino’s Pizza dari 20 Mei lepas.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.