Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri petang ini.
Ribut petir dijangka berlaku hingga 5 petang hari ini di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, Pahang; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor; Jelebu dan Jempol, Negeri Sembilan; Segamat dan Kluang, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, ribut petir dijangka berlaku sehingga 4 petang ini di Limbang, Sarawak serta pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta Labuan.
Penduduk di kawasan terlibat diminta untuk berhati-hati.
Sumber: MetMalaysia