Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Hingga Awal Pagi

Hujan lebat
Kredit: ImageFX

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda sembilan negeri sehingga jam 2 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Kedah.

Selain itu, ia juga akan melanda Pulau Pinang di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, hujan lebat dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Hujan lebat turut diramal di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di negeri Kelantan.

Dalam pada itu, hanya satu daerah sahaja terlibat di Terengganu iaitu di Hulu Terengganu.

Seterusnya, bagi negeri Pahang pula, hujan akan melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca itu akan melanda Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula dijangka di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod).

Sumber:Facebook