Siakap Keli

Ahli Kimia Bina Peranti Biohacked Di Dapur Untuk Penyakit Diabetis Type- 1

Dr Orla Wilson, salah seorang profesor kimia University Johns Hopkins, mendapati anak perempuanya Polly, yang berusia tujuh tahun , juga menghidap diabetis sama seperti penyakit yang dihidapinya, membuatkan naluri keibuanya sentiasa mahukan kehidupan yang lebih baik dan terurus untuk anaknya pada masa akan datang.

Dengan segala kemahiran yang diperolehi melalui pertolongan rakan-rakan internet, dia berjaya membina komputer yang akan digunakan secara persendirian untuk memeriksa paras gula dalam darah secara automatik dan memberikan insulin dengan jumlah yang diperlukan badan.

Dr Wilson adalah salah datu daripada 1000 orang di seluruh dunia yang berjaya membina secara DIY komputer mereka sendiri untuk membantu menguruskan kehidupan mereka menderita menghidap diabetes.

Tiga komponen yang terlibat dalam pengurusan diabetes ialah meter glukosa, pam insulin dan monitor untuk memaparkan tahap glukosa, yang membuatkan ia mudah dipasang secara DIY dan telah digunakan dan berkembang sejak sedekad yang lalu.

Namun begitu, mereka tetap mempunyai peranti berasingan yang memerlukan mereka memeriksa secara terperinci dan perhatian yang lebih kerap sepanjang hari kerana mereka yang dilahirkan dengan penyakit autoimun membuatkan buah pinggang tidak dapat memecahkan glukosa.

Sebaliknya mereka perlu memeriksa gula dalam darah antara empat hingga 10 kali sehari dan mereka juga perlu memastikan menerima dos yang betul untuk mengekalkan tahap kestabilan tubuh badan.

Sistem OpenAPS pertama kali dibuat dan terus mendapat perhatian mula dicipta sejak tahun 2015 dan terus melampaui percubaan syarikat peranti perubatan utama untuk membawa sistem ini kepasaran dan digunapakai oleh pesakit lain.

Programmers Dana Lewis dan Scott Leibrand mencipta peranti dan kod buatan sendiri untuk menyambung pam glukosa, pam monitor dan insulin untuk semua pesakit diabetes tahap 1.

Namun begitu, OpenAPS bukanlah FDA yang diluluskan dan dikawalselia, jadi ia tidak boleh dijual sebagai sebuah sistem yang lengkap.

Pegawai FDA keluarkan amaran bulan lalu kerana ada pengguna yang dilaporkan menerima dos insulin berlebihan ketika menggunakan peranti yang tidak sah dan menghantar isyarat meter glukosa ke pam insulin.

Walaupun masih terdapat risiko, tetapi orang ramai masih dibenarkan untuk mencipta dan mencuba peranti mereka sendiri di rumah, selagi mereka tidak menjualnya, dan itulah yang dilakukan oleh Dr. Wilson.

“Saya mempunyai ijazah dalam bidang kimia. Saya tidak tahu apa-apa mengenai komputer, tapi saya tahu yang saya mahu meningkatkan kualiti kehidupan saya dan anak pada masa depan”

Namun begitu, dia masih berusaha untuk mencipta sebuah mesin yang memudahkan kehidupan anaknya. Dia mencari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah seperti mengumpul paras darahnya dari meter glukosa kecil yang disangkut di lenganya, memantau dan menghantar maklumat mengenai gula dalam darah, dan juga mencari penyelesaian kepada masalah untuk membuang sejumlah insulin di pinggulnya.

Pemantauan pergelangan tangan Dr Wilson juga memaparkan paras gula dalam darah Polly dan dia merasakan bahawa paras yang ditunjukkan itu adalah betul dan ia perlu sentiasa berada di paras tersebut.

Sekarang, lebih daripada 1,303 orang diseluruh dunia menggunakan peranti DIY, yang menurut Dr Wilson, bahawa dia percaya bahawa paras glukosa yang ditunjukkan adalah betul dan tepat.

Sumber: DailyMail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia