Siakap Keli
Gambar Hiasan (Facebook Taufiq Razif )

Didik Anak Lelaki 5 ‘Benda’ Ini Sebelum Usia Remaja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Setiap anak memiliki sifat mereka yang tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan keinginan mereka.

Membesar anak lelaki sangat mencabar. Walaubagaimanapun, anak adalah anugerah terindah dan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan disayangi serta beri didikan sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna kelak.

Ibu bapa perlu mendedahkan anak mereka dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dan dipraktikkan ketika mereka meningkat dewasa.

Entri kali ini dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif menerusi laman Facebooknya yang membicarakan tentang benda yang patut ibu bapa wajib tahu untuk didik anak lelaki sebelum mereka meningkat remaja.

Jom ikuti perkongsian yang penuh bermanfaat ini.

1.  Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

2. Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya

3.  Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri

4. Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan

5. Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya.

Itulah 5 perkara wajib yang ibu bapa perlu ambil tahu sebelum mereka meningkat usia remaja. Jika anda amalkan tips yang dikongsikan ini, pasti anda akan melihat hasilnya bila mereka meningkat usia.

Anak lelaki ini perlukan kasih sayang dan perhatian seperti anak perempuan. Tiada bezanya.

Sumber: Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang