Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Jemaah ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Masjid Lepas Imam Didakwa Berkhutbah Politik Selepas Solat Sunat Aidilfitri

Tidak berpuas hati dengan khutbah solat sunat Aidilfitri yang mempunyai unsur politik, ramai jemaah nekad ‘angkat kaki’ keluar masjid di sebuah masjid daerah Jawa Tengah sebelum menyempurnakan ibadah tersebut baru-baru ini. Insiden tersebut tular di media sosial dilaporkan berlaku di Desa Gaden, Mukin Trucuk di daerah Klaten.

Menerusi video yang dikongsikan oleh salah sorang jemaah di masjid berkenaan di laman Twitternya Kirekswasta, para jemaah bertindak meninggalkan masjid apabila mendengar khutbah yang disampaikan berunsurkan politik. Ada yang membuat bising menggunakan motorsikal supaya khutbah berkenaan dihentikan.

Isi khutbah sepatutnya dirujuk dengan Kementerian Agama atau Pejabat Agama di peringkat daerah sebelum dibacakan, sama ada solat sunat Aidilfitri mahu pun Aidiladha.

Khatib memberi alasan kesuntukan masa menyebabkan dia mengambil isi khutbah itu melalui Internet dan tidak sempat memperbaiki kandungan khutbah.

Bagaimanapun, khatib tersebut itu sudah memohon maaf dan menyesal kerana tidak sensitif dengan perasaan penduduk, menurut berita Kompas.

 

Sumber: Kirekswasta

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang