Siakap Keli
kaki lif
Gambar hiasan

”Boleh Hilang Kaki”, Graduan ‘Building Support System’ Dedahkan Kesilapan Ramai Selalu Buat Ketika Guna Lif Dan Eskalator

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malang tidak berbau. Bila kita terlupa akan risiko, ketika itulah kita terdedah kepada bahaya. Kemalangan melibatkan lif dan eskalator bukan lagi berita asing samada di luar atau dalam negara.

Pernah mempelajari subjek Building Support System ketika diploma, seorang pengguna Twitter bernama Yasredz memberi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan kedua-dua kemudahan ini. Berikut merupakan perkongsiannya.

“Tolong, tolong, tolong, tolong jangan berdiri di tengah pintu lif. Jika sistem pengesan lif gagal, pintu lif akan cuba menutup dan lif tersebut akan terus bergerak dan memotong segala apa yang berada di laluannya.

1. Jangan tahan lif guna kaki. Pengesan hanya akan berada di tengah-tengah. Kalau sistem pengesan tak kesan kaki korang, ucapkan selamat tinggal pada kaki korang. Gunakan butang yang telah disediakan. Keselamatan yang utama!

“Haaa lagi satu aku nak ingatkan pasal eskalator, jaga-jaga langkah korang bila naik lif tu. Elevator dengan eskalator ni paling berbahaya dalam bangunan.

Ni aku bagi tips tentang eskalator.

1) Hati-hati kalau nampak platform lebih daripada 2. Kalau nampak ada 3 platform janganlah berdiri lelama di situ.

kaki lif
Perhatikan samada landing platform ada struktur tambahan. (Gambar: Hitachi Global)

2) Sebelum naik dan selepas naik perhatikan comb plate. Kalau banyak patah belah kanan stay belah kiri, kalau belah kiri stay belah kanan.

Comb plate yang patah. (Gambar: Twitter)

“Yang gambar pertama sebab struktur tambahan. Ada satu kes di China, eskalator telan seorang perempuan sebab struktur tambahan gagal menampung bebanan dan perempuan tu zupppppppppppppp. Hmmm

“Yang gambar kedua banyak kes jadi seluruh dunia, benda tu telan kasut orang. Jadi berhati-hati. Kalau korang nampak apa-apa berlaku di eskalator, jerit pada sesiapa yang dekat dengan butang kecemasan untuk tekan suis tu secepat mungkin.

2. Berus hitam bukan untuk gilap kasut

“Lagi satu, bulu-bulu hitam di tepi rails bukan tempat gilap kasut korang. Itu sebagai had kaki korang jangan melebihi bulu itu sebelum kaki korang kena telan!

Fungsi bulu seperti berus tersebut untuk memberi amaran bahawa kaki anda telah dekat dengan bahagian skirt guard eskalator dan boleh menarik tali kasut atau kasut anda ke dalam eskalator.

3. Elakkan pakaian labuh

“Lagi satu aku nak ingatkan pada perempuan, kalau korang pakai kain maxi, jubah atau kain labuh tolong jaga kain korang bila naik eskalator.”

Yasredz turut mengepilkan perkongsian beberapa pengguna Twitter lain yang pernah mengalami insiden kain dan kasut yang ditarik ke dalam eskalator.

kaki lif

kaki lif

Berhati-hatilah dan sentiasa beringat ketika menggunakan kedua-dua kemudahan ini. Perhatikan orang sekeliling anda ketika berjalan di pasaraya dan sebagainya.

Sumber: Yasredz

Amira

Love yourself.