Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Bahana Kering Rambut Dalam Bilik Air, Gadis Ditemui Mati

Seorang gadis, Lilya Novikoka, 26 tahun, ditemui meninggal dunia di dalam bilik mandi rumahnya dalam satu kejadian yang berlaku di Rusia baru-baru ini.

Melalui hasil siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Siasatan Rusia (SK), punca kematian Lilya adalah disebabkan kerana terkena arus renjatan eletrik.

Lebih tragis, tragedi itu berlaku kerana tindakan gadis itu sendiri yang menggunakan pengering rambut ketika berada di dalam bilik mandi.

Mayat Lilya ditemui oleh jirannya selepas ibu bapa gadis itu mengadu risau kerana tidak dapat menghubungi anak mereka.

Jiran Lilya yang merupakan sahabat lama ibu bapanya menyimpan kunci pendua kediaman itu dan menjumpai mayat Lilya di dalam rumah berkenaan.

Berdasarkan laporan, kejadian tersebut disahkan tidak mempunyai unsur jenayah dan tidak disengajakan.

Difahamkan, Lilya merupakan pemegang ijazah kejuruteraan dan pernah menuntut di Uniersiti Bauman, Moscow.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.