Siakap Keli
Foto: thefamily.uk

”Cuma Satu Minit, Nanti Saya Pulangkan Balik”, Rayuan Fatimah Masih Tidak Dapat Lupakan Arwah Chef Adamdidam

Lebih kurang sebulan yang lalu, kita telah menerima berita sedih berkenaan pemergian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam oleh peminatnya.

Selain handal memasak, arwah juga terkenal dengan hubungan rapatnya bersama anak saudaranya yang juga selebriti internet, adik beradik Fatimah dan Ali.

Mereka sangat akrab, terutamanya dengan Fatimah sehinggakan setiap kali arwah mahu pulang ke Malaysia dari UK selepas menziarahi keluarga Fatimah di sana, gadis comel itu pasti akan menangis sedih apatah lagi semasa arwah pulang bertemu Pencipta-nya.

Fatimah yang mula popular selepas tular boleh bertutur dalam dialek Kelantan dengan fasih walaupun tinggal di luar negara itu sehingga kini masih belum boleh melupakan bapa saudara kesayangannya itu.

Menurut kiriman terbaru di Twitter keluarga mereka, @thefamilydouk, Fatimah hanya mampu ke sekolah untuk dua hari sahaja pada minggu lepas kerana sangat rindukan bapa saudaranya yang mesra dipanggil Mamajee itu.

“Tolong hubungi Auntie Love. Saya nak minta tolong dia untuk beritahu Allah untuk pulangkan Mamajee untuk 1 minit. 1 minit je saya nak. Hanya 1 minit & saya akan pulangkan arwah pada Allah”, kata anak kecil itu menurut akaun tersebut.

Ternyata rintihan Fatimah itu membuatkan orang ramai turut merasai kesedihan yang sama dan rata-rata mereka berharap agar Fatimah terus tabah menghadapi ujian Allah ini.

Foto: thefamily.uk
Foto: thefamily.uk
Foto: thefamily.uk

Kepada Fatimah, sabarlah dan kita sama-sama doakan kesejahteraan Mamajee ya..

Sumber: Twitter thefamily.uk

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi