Siakap Keli

“Tak Pernah Dengar Mak Complain,” Isteri Mawi Kongsi Rasa Kehilangan Mertua Hebat

Mawi, namanya yang pernah menggegar negara dengan trendmarknya ‘Mawi World’ dikhabarkan telah kehilangan ibunya yang tercinta. Berita tersebut dinyatakan sendiri oleh isteri beliau, Ekin Rahmat dalam post terbarunya di laman instagram.

Menurut Ekin, ibu mertuanya (Ramlah Sahlan, 73) itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu maghrib, semalam.

Dalam pada itu, Ekin turut memaklumkan dalam entri beliau bahawa mereka sekeluarga ‘berjaga’ di hospital sebelum ini untuk memantau keaadan ibu mertuanya itu.

Post terbabit dihujani dengan pelbagai reaksi dan komen dari netizen dan rakan selebriti yang mendoakan supaya arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Gambar : Zayan.my

Mawi yang juga merupakan penyampai radio di Zayan.my menerima ucapan takziah dari stesen radio berkenaan malam tadi.

Jenazah dijadual akan dikebumikan hari ini Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Sumber : Ekinmawi_cahaya

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.