Siakap Keli

“Tak Tahu Kenapa Terasa Macam Ringan Ja Bagi Duit Dekat Dia” Hati-Hati Kes Pukau Sekitar Batu Pahat

Kejadian pukau sering terjadi walaupun dunia kini berada di dalam arus permodenan. Perbuatan yang menggunakan ilmu hitam ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan salah satunya untuk melakukan jenayah dan mengaut keuntungan.

Melalui perkongsian yang dibuat menerusi Facebook Ruhil Afiqah Omar, dia menceritakan pengalaman mendakwa bahawa adiknya telah dipukau oleh seorang warga asing yang kononnya membuat sumbangan melalui kad potongan ayat suci Al-Quran yang berikan.

KES PUKAU!!!!

Area Eonbig Batu pahat…adik saya terkena..Mula2 mintak ikhlas,dy hulur ayat kad …bila kita hulur ikhlas ,dy mintak lg rm20….lepastu terus jalan…kami nak masuk kereta,tgk kecoh2 pegang kad ayat tu..rupanya semua yg terkena…ad yg terkena smpai rm40..kebetulan ad polis ronda,kami bg tahu apa yg terjadi ..si bhai ni dh takot lari….kami tak puas hati,kami sendiri pergi kejar smpai dpt…..kami mintak balik duitnya…kami ckp u tipu org berapa ramai…dy hanya ketawa dan ulang kan duit nya….
Harap org lain pon tak kena ….zaman skrg nk sedekah pon kena tgk org jgak..

Individu tersebut berpakaian lengkap seorang muslim membawa potongan kertas keras ayat suci untuk dijadikan ‘modal’ perbuatan pukaunya.

Pada peringkat awal, individu ini akan meminta sumbangan ikhlas daripada orang ramai. Setelah dihulurkan sumbangan, dia meminta pula wang mengikut amaun yang ditetapkan oleh dirinya sendiri.

“Tak tahu kenapa terasa macam ringan je bagi duit dekat dia”

“Hulur ayat minta derma ikhlas.. walhal dia niaga ayat dengan alasan derma”

“Anak bini tak makan lagi lah..nak beli selimut lah”

Sumber: Ruhil Afiqah Omar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa