Siakap Keli
Foto: Carucha L. Meuse/The Journal News

(Video)Wanita Pertama Berhijab Ketuai Pasukan Ketika Dalam Latihan Polis Amerika, Jadi Inspirasi Muslimah

Seorang pelatih polis wanita di Paterson baru-baru ini telah mencipta sejarah apabila muncul pegawai polis wanita bertudung pertama di kawasan berkenaan.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Serein Tamimi, wanita Palestinian-American. Beliau telah berjaya menamatkan latihan bersama pasukannya di Bergen County Academies di Hackensack pada 13 June lalu.

Bukan itu sahaja, Tamimi juga telah diiktiraf sebagai pemimpin pasukan semasa di dalam latihan dan beliau juga menerima Role Model Award semasa majlis graduasi mereka. Ia adalah hasil undian jurulatih mereka yang dibuat secara rahsia.

Foto: Carucha L. Meuse/The Journal News

“Tamimi telah menunjukkan ciri kepimpinan yang baik. Dari hari pertama lagi, beliau sentiasa mempunyai nilai positif, sebagai contoh, sentiasa menawarkan diri untuk melakukan lebih tugasan,” kata Pegawai Daniel Solares, individu yang menyampaikan anugerah berkenaan kepada Tamimi.

Kejayaan Tamimi ini tepat pada masanya, di mana ketika ini agama Islam dipandang serong, terutamanya wanita bertudung. Islamophobia dapat dilihat berlaku dalam politik, laporan media serta laporan jenayah yang berlaku.

Semasa dalam latihan itu, beliau telah memimpin kumpulan yang dianggotai oleh 91 anggota lelaki dan wanita. Dalam tempoh itu, Tamimi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan baik, malah beliau juga sering memberi semangat kepada pelatih-pelatih lain.

Foto: Carucha L. Meuse/The Journal News

“Beliau tidak pernah mengalah. Semasa saya rasa sudah tewas(dalam satu latihan fizikal), Tamimi memberi galakan kepada saya. Saya rasa itu yang membantu saya berjaya,” kata seorang lagi pelatih, Gabriela Toribio.

Kejayaan Tamimi ini adalah sangat membanggakan dan ia diharapkan dapat membuka mata ramai pihak di negara berkenaan berkaitan masalah stereotaip di antara kaum yang berlaku di sana.

Sumber: North Jersey

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi