Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pakar Jelaskan Kenapa Wanita Hamil Mengalami Sakit Belakang, Ibu Mengandung Wajib Baca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakkan wanita hamil akan mengalami sakit belakang, itulah pengorbanan seorang ibu bermula sejak mereka disahkan mengandung. Buktinya lihat saja bagaimana seseorang wanita terpaksa menghadapi rasa sakit pinggang walaupun usia kandungan baru masuk beberapa bulan.

Rasa sakit pinggang, pinggul atau sakit belakang ini bukan sakit biasa-biasa. Ada yang parah hingga tak boleh bangun. Ini mungkin dianggap normal kerana saiz kandungan yang semakin besar dalam rahim anda.

Untuk tahu maklumat ini lebih mendalam, mari kita ikuti penjelasan daripada Dr Zubaidi untuk merungkai semua kekeliruan anda sebagai wanita dan suami serta bakal-bakal ibu dan bapa.

Sakit dibahagian belakang pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang anda alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun sudah berehat.

Hal ini kerana bayi dan rahim yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila perut anda semakin menonjol ke luar. Untuk mengimbang pusat graviti ini selalunya akan mengalami kesakitan pada bahagian belakang.

Umum mengetahui, jika anda seorang wanitayang sedang hamil mengangkat barang yang berat kemungkinan kesakitan itu akan bertambah. Selain itu, punca sakit belakang adalah kerana perubahan hormon.

Lagi banyak anda melakukan pergerakan membongkok dan berdiri atau berjalan lebih lama, maka lai bertambah sakitnya.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana ini hanya bersifat sementara dan merasa lega semasa berehat. Yang paling penting, sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.

Sumber: Dr Zubaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang