Siakap Keli
Gambar Hiasan

Elak Bayi Terkena Jangkitan Kuman, Ini 10 Tips Penting Kalau Nak Lawat Bayi Yang Baru Lahir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menerima berita kelahiran ahli baru memang menggembirakan. Cukup seronok hingga tidak sabar satu keluarga nak pergi melawat bayi tersebut. Biasanya apabila si ibu dan anak pulang ke rumah dari hospital, rakan-rakan serta sanak saudara pasti akan datang berkunjung menjeguk mereka.

Dalam kegembiraan dan keterujaan tersebut, sebagai orang yang datang melawat, kita mestilah akur dengan kehendak ibu bayi tersebut. Jadi, bila anda rasa ingin melawat rakan anda yang baru melahirkan anak, anda perlu ikuti panduan ini.

Panduan ini dikongsikan oleh Dr Zubaidi dilaman blognya. Nasihatnya, jangan terlalu gembira melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. bagi sedikit ruang dan privasi kepada ibu dan anak tersebut.

Anak yang baru dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman. Mungkin kita sebagai ibu tidak tahu kemungkinan ada di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.

Ini 10 panduan kepada seseorang yang ingin melawat bayi baru lahir.

1. Jangan cium bayi

Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.

2. Jangan sentuh bayi

Mengusik pipi juga sudah cukup untuk mnyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?

3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang

Janganlah paksa diri untuk datang melawat bayi sedangkan kita tengah sakit. jangan ambil kesmepatan nak melawat bayi selepas pulang dari klinik sebab demam. Nanti tak pasal-pasal bayi pula demam dan selsema.

4. Jangan lama-lama bila melawat

Jangan bawa makanan macam mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya pula mungkin mahukan berehat dan tidak larat bila ramai yang datang dan berbual lama. 30 minit sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah sangat lama.

5. Bagitahu bila ingin datang

Jangan datang secara mengejut, mungkin si ibu baru berehat dan ingin tidur.

6. Cuci tangan

Anda cucilah tangan dengan sabun atau guna ‘hand-sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. ia mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyakkan jangkitan melalui sentuhan.

7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar

Walaupun niat hanyalah bergurau, tetapi mungkin si ibu dalam kepenatan. Jadi ia mudah tersentuh dengan kata-kata tersebut.

8. Tak perlu guna wangi-wangian

Takperlulah pakai wangian yang bau agak menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

9. Jangan kejutkan bayi yang sedang tidur

Tahukah anda bahawa seorang bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama 12 hingga 14 jam sehari.

10. Hulurkan sikit sumbangan pada ibu

Sebagai tanda gembira dan ucap tahniah, hulurkan sedikit smbangan kepada si ibu dan paling baik berdoalah depan ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si kecil ini menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Ini sahaja 10 panduan penting untuk anda melawat ibu dan anak yang baru lahir. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

 

Sumber: Dr Zubaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang