Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Bermain Bantu Perkembangan,” Jangan Biarkan Gadget Rampas Fungsi Bermain Anak-Anak

Mula daripada umur kanak-kanak, hinggalah warga emas, ‘gadget’ sudah menjadi sebahagian benda penting dalam keseharian hidup kita sebagai manusia.

Sehari tanpa gadget, seseorang tentu merasa sangat kurang, geliah dan tidak tahu hendak berbuat apa.

Gadget memang memiliki banyak manfaat dan kebaikan kepada pengguna juga. Namun penggunaan gadget ini tidak dihadkan masa penggunaannya tanpa kepentingan.

Impak negatif juga sangat banyak kelihatan daripada penggunaan gadget ini. Sampaikan golongan kanak-kanak, gadget ini seperti sudah merampas fungsi ‘BERMAIN’ kanak-kanak yang tanpa menggunakan gadget.

Pencegahan ini, seharusnya dimulai daripada ibubapa yang bertanggunjawab terhadap kanak-kanak mereka sendiri. Malahan, ibubapa kini ramai yang malah menggunakan gadget untuk memberi anak bermain tanpa penggunaan fizikal yang banyak.

Permainan dahulu kala kanak-kanak ini, sangat membantu dalam perkembangan otak berbanding gadget yang banyak memberi impak negatif.

Berikut merupakan kepentingan permainan kepada kanak-kanak yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Gambar Public Helath Malaysia

 

Walaupun gadget mungkin memiliki fungsi pembelajaran yang bermanfaat untuk kanak kanak, jangan biarkan ia mengambil alih fungsi ‘BERMAIN’.

BERMAIN adalah satu proses penting untuk membantu perkembangan bayi dan kanak kanak kecil. Ia dapat membantu mereka untuk meneroka kemahiran baru dan mengilap idea.

Contohnya, menyusun susunan blok mainan dapat membantu meningkatkan fungsi motor halus dan koordinasi.

Bermain anak patung dan masak masak contohnya , dapat membantu meningkatkan fungsi sosial, emosi dan membina imaginasi.

Bermain layang layang, sorok sorok, bola sepak dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan membantu kecerdasan otak.


Apa yang membimbangkan, menurut kajian terkini, kanak kanak hari ini lebih banyak menggunakan gadget untuk ‘bermain’ berbanding mainan sebenar seperti anak patung, lego dan dam.
Penggunaan gadget dan pendedahan kepada skrin gadget secara berlebihan telah terbukti memberi kesan negatif kepada perkembangan bahasa, komunikasi, skil menyelesaikan masalah dan skil motor.

Eyen Mirlen

write deeply from your heart