Siakap Keli

Fakta Dan Trivia Menarik Tentang Pelajar Arkitek Di Malaysia, No 2 Paling Kelakar

Musykil apabila ada kajian mengatakan yang arkitek adalah kerjaya paling seksi dalam dunia. Sejauh mana kesahihan kajian tersebut tidak dapat diketahui kerana sifat-sifat seksi ini sebenarnya subjektif.

Di sini adalah perkongsian sedikit sebanyak perkara menarik dan unik mengenai pelajar senibina di Malaysia.

  1. Tidur Tak Cukup Bukan Mitos

https://sayingimages.com/no-sleep-meme/

Ini memang masalah utama yang dihadapi oleh pelajar senibina. Lebih elok sekiranya ketika temuduga pengambilan pelajar baru para pensyarah perlu memberi gambaran yang tidur tidak cukup itu adalah lumrah untuk mendapat ijazah sarjana muda di akhir pengajian kelak.

Sebab kerja di bidang architecture yang orang kata “hanya melukis” ni sebenarnya mengambil masa yang sangat lama. Lebih-lebih lagi bila diminta untuk menyediakan presentation board bersaizkan kertas A1 yang berkeping-keping lapisannya dan dibuat secara manual (baca: tanpa menggunakan bantuan komputer).

Sekiranya critique session adalah pada keesokan hari, pelajar-pelajar mungkin tidak dapat tidur pada malam itu dan perlu berjaga sehingga selesai sesi tersebut.

  1. Critique Session adalah sesi paling digeruni setiap pelajar arkitek.

Critique session adalah sesi pembentangan di mana design dan kerja pelajar yang disiapkan sehingga tak tidur itu bakal dikritik dan dinilai (baca: dimaki hamun, dihembur dan kebiasaannya kena reject).

Kebiasaannya sesi kritik ini diadakan 2 atau 3 kali untuk sesebuah project hanya untuk memastikan yang para pelajar membuat tugasan dengan baik. Dengan kritikan yang seumpama Simon Cowell atau pun Gordon Ramsay dalam rancangan Hell’s Kitchen, tak hairanlah jika pelajar menggeruni sesi ini.

via GIPHY

Disebabkan itu juga pelajar senibina sering kurang tidur hanya untuk memastikan yang hasil kerja mereka adalah terbaik.

  1. Sifat ingin tahu tentang konsep design yang digunakan oleh rakan sekelas lain.

 

via GIPHY

Pelajar senibina selalu memiliki perasaan ingin tahu dengan konsep yang digunakan oleh rakan-rakan mereka. Kerana konsep memainkan peranan yang penting dalam menetapkan design mereka untuk mempunyai satu cerita yang menarik.

 

Walaupun konsep itu kedengaran merepek, tetapi jika mempunyai putaran ayat yang mantap dan meyakinkan, apa-apa design pun boleh menjadi satu wow factor yang menarik minat para pendengar. Boleh dikatakan soalan “apa konsep kau?” adalah soalan paling klise dalam jurusan senibina ni.

  1. Students sering bertanya dan kritik design pelajar yang lain untuk kepentingan bersama.

via GIPHY

Sebelum sesi kritik bersama para pensyarah berlangsung, pelajar sering bertukar pendapat dan mengkritik sesama sendiri untuk menambah baik design mereka. Seolah-olah ia merupakan motivasi untuk mereka.

Tapi sebenarnya ia satu keseronokan. Seronok untuk jatuhkan kawan atau pun seronok kerana dapat membantu kawan itu adalah atas niat masing-masing. Disebabkan itu mental yang kuat diperlukan dalam setiap pelajar. Tambahan pula dengan faktor tidur yang tak mencukupi dan juga kritikan pedas yang datang dari pelbagai arah. Mudah-mudahan dengan latihan pre-critique ini mampu membuat para pelajar lebih bersedia dan dapat melahirkan graduan yang kuat secara mental dan fizikal.

  1. Field Trips adalah benda kegemaran setiap pelajar arkitek

Dalam kepahitan mengharungi seksaan jurusan senibina, hanya satu yang menjadi faktor untuk pelajar tetap bertahan dalam jurusan ini. Field trips ataupun lawatan sambil belajar (baca: vacation) adalah perkara yang paling digemari oleh setiap dari mereka.

 Trip ini selalunya diadakan pada setiap semester. Lawatan dalam negara mahupun luar negara, ia bergantung kepada kewangan fakulti juga kewangan pelajar.

Ia adalah satu aktiviti penting untuk memberi pendedahan, membuka mata dan minda pelajar agar lebih peka dengan sosio-budaya di lain-lain negeri. Dengan erti kata lain, pelajar dapat enjoy dengan lawatan-lawatan ini.

Seperti di Taylor’s University pelajar mereka mendapat peluang untuk melawat negara-negara luar seperti India, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia dan pelbagai lagi negara yang mempunyai identiti architecture tersendiri. Patutlah pelajar-pelajar Taylor’s University nampak gembira sentiasa.

  1. Kesibukan pelajar arkitek tidak terhingga dengan adanya pertandingan-pertandingan dan workshop yang dianjurkan oleh PAM (Persatuan Arkitek Malaysia) dan juga pertandingan taraf antarabangsa.

Kalau kita jarang melihat kewujudan pelajar senibina bergiat aktif dalam aktiviti sosial bersama pelajar-pelajar jurusan lain, ini kerana kesibukan mereka yang tiada henti sehinggakan cuti-cuti semester dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti architecture based.

 Pertandingan-pertandingan ini dibuka untuk pelajar-pelajar memperagakan kehebatan masing-masing dalam ilmu perancangan dan penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan senibina.

Pertandingan seperti ini akan memberikan anugerah kepada pelajar ataupun university terbaik sekaligus memanfaatkan mereka untuk masa depan kelak. Suatu ketika dahulu, UiTM pernah menjadi sebuah universiti yang membolot semua anugerah disediakan PAM. Bak kata millennials “tapau habis”.

Tapi dengan peredaran masa, universiti-universiti lain juga telah mampu mengatasi UiTM dan bersama-sama memberi saingan yang setaraf. Taylor’s University juga pernah mendapat beberapa penganugerahan  dalam workshop yang dianjurkan oleh PAM dan dihoskan oleh Universiti Sains Malaysia.

Bukan itu saja, penganugerahan individu juga pernah dibolot Taylor’s University seperti dalam Hong Kong National Challenge Cup. Melalui pertandingan-pertandingan ini, boleh dikatakan yang pelajar senibina ni sentiasa mempunyai kerja sehinggakan tergadai cuti-cuti mereka. Atau bahasa kasarnya “takde life”.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Taylor’s University, apa kata korang datang ke Taylor’s University Open Day pada 29 Jun, 30 Jun, 6 Julai, 7 Julai 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://university2.taylors.edu.my/enrol/


Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu