Siakap Keli
Foto: HUAWEI

Siapa Kata Huawei Tak Boleh Update? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kemaskini Terbaru EMUI 9.1

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi ketika ini, pengeluar telefon pintar gergasi dari China, Huawei nampak terus komited dalam membekalkan perkhidmatan terbaik kepada pengguna mereka.

Terkini, mereka bakal menawarkan kemaskini perisian terbaru, iaitu EMUI 9.1 bagi siri Huawei Mate 20 mereka secara rasmi bermula 27 Jun ini. Didatangkan dengan pelbagai penambaikan menarik, ia hadir dengan konsep “Quality Lifestyle”.

Foto: HUAWEI

Pengalaman Main Games Lebih Baik Dengan Teknologi GPU Turbo 3.0 

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah GPU Turbo 3.0. Ia adalah salah satu sokongan terbaru pada peranti keluaran Huawei yang membolehkan prestasi peranti dari segi frame rate dan pengalaman ketika bermain permainan video dipertingkatkan.

Selain daripada itu, Huawei juga telah menampah sokongan kepada beberapa permainan video baru menjadikan jumlah keseluruhan permainan yang disokong kepada 25 permainan video berbanding 6 permainan sebelum ini.

Foto: HUAWEI

Antara permainan baru yang disokong oleh GPU Turbo 3.0 ini ialah Fortnite, Crazy Taxi, FIFA Mobile, Free Fire, Knives Out, Minecraft, Real Racing 3 dan banyak lagi. Untuk senarai penuh, anda boleh klik ke pautan ini.

Selain mempertingkatkan kualiti permainan dari segi prestasi, ia juga membantu dalam mengoptimumkan penggunaan kuasa bateri, sekaligus memberikan pengguna masa bermain yang lebih lama.

Sokongan Google Assistant Yang Baru

Kemaskini EMUI 9.1 ini turut membawakan bantuan pintar baru. Pengguna hanya perlu menekan butang kuasa selama satu saat untuk mengaktifkan Google Assistant dan nikmati pengalaman bantuan suara yang berbeza.

Kongsi Fail Dengan Lebih Pantas Melalui HUAWEI Share, OneTap Share

Tambahan pula, ia akan memberikan pengguna siri Mate 20 kebolehan untuk memindahkan fail seperti gambar, dokumen dan video dengan lebih pantas melalui fungsi Huawei OneTap.

Rakam, Sunting Vlog & Guna Video Sebagai Ringtone

Bagi yang suka merakam video kenang-kenangan, kemaskini terbaru ini turut hadir dengan ciri yang sesuai untuk anda. Dengan fungsi suntingan video pintar yang disokong oleh kecerdasan buatan (AI), ia dapat mengesan seterusnya menggabungkan efek serta muzik latar belakang yang bersesuaian dengan suasana menarik yang dirakamkan.

Pengguna juga kini boleh menggunakan video sebagai nada dering panggilan. Lepas ini, pasti lebih seronok untuk menerima panggilan masuk. Jangan sampai tak angkat call pulak ya.

Pengguna juga kini boleh menggunakan video sebagai nada dering panggilan. Lepas ini, pasti lebih seronok untuk menerima panggilan masuk. Jangan sampai tak angkat call pulak ya.

Penyeragaman Data Senaman Bantu Anda Kekal Sihat

Kemaskini kali ini bukan hanya menfokuskan kepada peranti sahaja, malah kepada diri pengguna juga. Dengan hanya satu sentuhan, peranti anda boleh diseragamkan dengan treadmill bagi merekodkan kiraan langkah, jarak larian, tempoh berlari, kelajuan serta tahap kalori yang dibakar. Senanglah nak rekod kadar senaman lepas ni.

Tidak cukup dengan itu, Huawei turut menjanjikan akan terus menawarkan fungsi-fungsi baru bagi pengguna mereka di masa akan datang. Jadi, bagi pengguna dan bakal pengguna baru Huawei, jangan bimbang, Huawei pasti tidak mengecewakan anda.

Maka, bagi anda yang memiliki peranti dalam siri Huawei Mate 20, anda sudah boleh mula menyemak kemaskini perisian bagi peranti anda bermula 27 Jun nanti.

Caranya mudah sahaja. Untuk mengemaskini ke EMUI 9.1, anda hanya perlu pergi ke Settings > System > Software Update > Check for updates atau boleh juga mengemaskini melalui HiCare dengan cara buka aplikasi tersebut dan klik pada Update > Download.

Selain siri Mate 20, Huawei turut dijangka akan menawarkan EMUI 9.1 ini pada model-model lain tidak lama lagi. Berikut adalah senarai penuh model Huawei yang dijangka menerima kemaskini ini di masa akan datang:

Foto: HUAWEI

Untuk anda yang belum memiliki peranti Huawei dan berminat untuk mendapatkannya atau hanya inginkan maklumat lebih lanjut mengenai kemaskini ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia atau ikuti laman Facebook rasmi Huawei Malaysia.



Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi