Siakap Keli

“Botak Dan Berparut”, Polis Dedahkan Keadaan Jasad Michael Jackson 10 Tahun Setelah Kematiannya

10 tahun setelah kematian bintang lagenda global, Michael Jackson, detektif yang menyiasat kes berkenaan telah mendedahkan keadaan jasadnya beberapa jam setelah kematiannya.

Dalam satu temubual bagi rancangan terbaru yang bakal ke udara tahun ini, Killing Michael Jackson, detektif tersebut berkata Michael dikatakan botak dan terdapat banyak parut pada badannya.

Rancangan yang berkisar tentang kematian Michael dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengannya.

Bintang tersebut ditemui maut dirumahnya akibat intoksifikasi ubat pada 2009.

Ubat yang dipreskripsi ditemui di rumahnya. (Gambar: Killing Michael Jackson/The Sun)

Doktor peribadinya, Conrad Murray didakwa atas tuduhan membunuh kerana memberi preskripsi ubat bius tanpa kelayakan berbuat demikian.

Detektif Scott Smith dari Balai Polis Los Angeles (LAPD) memberitahu,

“Apa yang memelikkan saya ialah keadaan kepala, kulit kepalanya.”

“Kerana setiap kali dia keluar ke tempat awam, dia memakai rambut palsu. Apabila melihat pada kulit kepalanya, terdapat parut yang teruk.”

Laporan bedah siasat menunjukkan kerosakan pada kulit kepala Michael. (Gambar: The Sun)

“Berbeza dengan rambutnya yang panjang ketika berada di tempat umum, keadaan kulit kepalanya botak dan sukar untuk nampak sebarang rambut pada kepalanya.

Pada 1984, Michael mengalami luka terbakar tahap dua apabila rambutnya terbakar semasa penggambaran iklan Pepsi bersama adik-beradiknya dengan nilai 4 juta pound bersamaan lebih RM 21 juta.

Dalam satu rakaman, rambutnya terbakar apabila terkena percikan api daripada mercun yang dipercayai sebahagian daripada gimik iklan tersebut.

Akibatnya, Michael mengalami kehilangan rambut dan kemudiannya bergantung kepada ubat penahan sakit ketika melalui operasi rekonstruktif pada kulit kepalanya.

“Saya tidak mempertahankan penggunaan ubat tersebut, tetapi apabila anda menggunakannya, ia seakan-akan membuka pintu kepada ketagihan ubat penahan sakit dan sebarang kemungkinan lain.”

Sementara itu, Murray yang sebelum ini mendakwa dia cuba menghentikan ketagihan Michael dipenjarakan selama dua tahun.

Dia mengakui memantau penggunaan propofol untuk merawat insomnia yang dihadapi Michael walaupun ia tidak pernah diluluskan untuk membantu seseorang tidur.

Detektif Dan Myers berkata,

“Darahnya diambil dan dihantar ke unit toksikologi. Dia secara umumnya sihat. Dia bukan seorang yang patut mati (merujuk kepada tahap kesihatannya),” kata Myers.

Sumber: TheSun.co.uk

Amira

Love yourself.