Siakap Keli

Bayar Kereta, Jangan Fikir Nak Habis Bayar Cepat Je, Sebaliknya Pertimbangkan Cara Ini Juga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pinjaman membeli kenderaan merupakan antara pinjaman yang sering diambil anak muda yang sudah bekerja di samping pinjaman peribadi.

Keputusan membeli kereta adalah satu keputusan yang besar bagi kewangan anak muda. Oleh itu, ramai yang memberi tips dan pandangan masing-masing agar dapat membuat keputusan yang terbaik. Ada yang menyarankan untuk membayar deposit tinggi supaya ansuran bulanan rendah, ada juga yang cadangkan ambil tempoh pinjaman paling pendek supaya hutang cepat habis.

Namun ada satu cara yang jarang disarankan oleh penasihat kewangan, iaitu untuk memanjangkan tempoh pinjaman kepada tempoh maksima.

Perunding hartanah, Harith Faisal baru-baru ini berkongsi saranan praktikal supaya anak muda dapat membayar ansuran bulanan yang rendah dalam masa sama gunakan wang selebihnya untuk komitmen lain.

9 TAHUN, 10% DEPOSIT

Kalau kau bergaji kecil dan nak sangat beli kereta, tarik teruslah tempoh pembiayaan kereta tu kepada tempoh yang maksimum iaitu 9 tahun. Supaya ansuran bulanan kau adalah yang paling rendah.

Kalau kau nak hutang kereta habis cepat, bayar lebih sajalah setiap bulan. Asalkan dalam CCRIS ansuran tak tinggi. Jadi, mungkin akan bantu kau dapat lebih kelayakan untuk beli rumah nanti.

Pasal deposit, 10% sudah memadai. Lebihan tunai yang kau ada, boleh kau laburkan ke mana-mana medium yang boleh bagi pulangan yang lebih tinggi daripada effective rate pembiayaan kereta tu.

Tapi, tak semua orang sesuai dengan tips ni. Kena tengok kepada gaji kau, plan short and long term, pekerjaan kau, tujuan kenapa kau beli kereta tu. Tips hari ni lain sikit daripada sebelum-sebelum ni.

Betul juga. Saranan ini lebih fleksibel berbanding mengikat diri sendiri dengan hutang akibat ansuran bulanan yang tinggi, tapi akhirnya terpaksa bayar bunga kerana terlewat bayar.

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.