Siakap Keli
Gambar Hiasan

Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya, ‘Hantu Durian’ Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekarang ini pergi ke semua tempat di Malaysia tak kisahlah di kampung atau bandar memang banyak gerai yang menjual buah durian. Buah ini boleh dikatakan sebagai buahan kegemaran rakyat Malaysia.

Tambah pula sekarang ini musimnya dan harga yang dijual semakin hari semakin murah! Ada yang jual sekilo RM 10, ada juga yang jual satu bakul besar tak sampai RM 100 pun. Mana tak geramkan?

Tapi bila makan, terlalu banyak pula pantang larang bila makan durian terutamanya ada yang cakap lepas makan durian, tak boleh makan ubat takut ada kesan lain katanya. Ada juga yang mengesyorkan minum air dalam pangsa durian untuk sejukkan badan dan mengelakkan perut rasa kurang selesa.

Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita ? Ini adalah perkongsian dari Dr Zubaidi mengenai minum air dalam pangsa durian di laman Facebooknya.

KENAPA PERLU MINUM AIR GUNA PANGSA DURIAN (SELEPAS MAKAN DURIAN)? – Antara PETUA dan Realiti SAINTIFIK
PERKONGSIAN DR SURI ROOWI

Biasanya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan bahan khasiat tinggi dalam kulit buah khususnya ari buah. Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan kulit durian bersifat antikencing-manis.

Kulit durian juga kaya dengan enzim semulajadi contohnya poligalakturonase. Justeru, esok meminum air guna pangsa durian selepas makan durian. Lebih elok jika pangsa durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Selamat Mencuba. Makan durian ikut kadarnya

Sumber: Dr Zubaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang