Siakap Keli
Gambar: Sputnik International

Dua Maut, Tujuh Cedera Nahas Pesawat Terbabas Dari Landasan

Sekurang-kurangnya dua orang telah terkorban apabila pesawat penumpang Antonov An-24 terbabas dalam nahas pesawat yang berlaku di Nizheneangarsk, Siberia Timur hari ini. Pesawat tersebut yang menuju ke Ulan Ude terpaksa berpatah balik ke landasan setelah terdapat kerosakan enjin yang dikesan.

Pesawat Angara Airlines yang membawa 46 orang penumpang itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan yang akhirnya terbabas 100 meter dari landasan dan merempuh banggunan kecil yang dipercayai loji kumbahan.

Kedua-dua mangsa yang terkorban merupakan anak kapal yang bertugas dan kira-kira tujuh orang mengalami kecederaan sedang dirawat di hospital. 43 orang penumpang lagi telah disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap bagi Republik Rusia Buryatia, nahas tersebut berlaku kerana kerosakan enjin pesawat tersebut menyebabkan juruterbang perlu membuat pendaratan cemas.

Salah satu enjin gagal berfungsi ketika pesawat berlepas. Krew terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke lapangan kapal terbang.

Gambar: Mirror

Dua anak kapal yang terkorban yang masing-masing sebagai kapten dan juga mekanik dilaporkan mengorbankan diri mereka dengan kekal ditempat duduk mereka bagi memastikan penumpang selamat.

Sumber: Express.co.uk, Airlines Travel

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa