Siakap Keli
Gambar : Mondoweiss

“Palestin Bukan Untuk Dijual,” Rakyat Palestin Berhimpun, Tidak Mahu Israel Terus Takhluk Semenanjung Gaza

Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah berkumpul dan berarak sambil membawa poster dan sepanduk sebagai tanda protes kepada keputusan sidang kemuncak “Peace to Prosperity” di Bahrain yang membincangkan aspek ekonomi yang diumpamakan sebagai ‘Perjanjian Terhebat Abad Ini’.

Disebabkan itu, semua kedai, bank mahupun restoran telah menutup operasi mereka untuk ‘memberi laluan’ kepada perhimpunan tersebut.

Persidangan yang berlangsung di Manama pada 25 dan 26 Jun itu sepatutnya mencadangkan dana perlaburan sebanyak 50 Bilion (Dolar) yang akan dibahagikan antara rakyat Palestin di wilayah yang diduduki serta negara jirannya iaitu Mesir, Lebanon dan Jordan.

Sekiranya dana itu diberi, ia akan digunakan untuk 179 projek infrastruktur dan perniagaan termasuk membina sektor prlancongan di Palestin. Rakyat Palestin di Gaza berkata sekiranya itu berlaku maka ia akan menamatkan ‘zaman perlarian’ dan dapat membangunkan ekonomi Palestin tanpa kebebasan politik.

Namun kini, mereka (rakyat Palestin) lebih bimbang rancangan berkenaan akan membolehkan pihak Israel meneruskan penakhlukannya di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. Ramai yang menamakan pelan tersebut sebagai “New Oslo (Oslo Baru)”.

Menurut seorang warga Palestin,

“Setelah bertahun-tahun berjuang, pelan “Oslo Baru” ini akan dilaksanakan ke atas kami, tapi apa yang pasti, ia takkan berlaku seperti di tahun 1993 dahulu.”

Beliau turut menambah bahawa

“Palestin bukan untuk dijual. Ia milik penduduk di sini. Perkara ini adalah isu politik bukannya barang yang boleh dilelong”

Seorang lagi warga tempatan berkata,

“Kami bukan barang yang boleh dijual beli, kami rakyat Palestin mampu membuat keputusan yang terbaik untuk tanah air kami ini.”

Sumber : Mondoweiss

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.