Siakap Keli
Gambar: Shutterstock

Rusia Lancar Dron Mirip Burung Hantu Jadi ‘Spy’ Musuh

Melihat perkembangan dron yang semakin pesat, Rusia telah melancarkan kaedah terbaru bagi mengatasi serangan balas dengan menggunakan dron mirip burung hantu. Kaedah terbaru itu telah dilancarkan pada Selasa lepas pada ekspo tahunan ketenteraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow.

Dron mirip burung hantu itu dilengkapi dengan senjata dengan pancaran laser untuk memandu artileri dan mengesan kedudukan musuh. Dron tersebut boleh dikendalikan oleh seorang dan mampu untuk bertahan selama 40 minit di udara dengan jarak lebih 20 kilometer.

Gambar: Daily Star

Dron tersebut juga dijadikan sebagai senjata penyamaran kerana berpotensi untuk menyelinap ke sasaran tanpa dikesan. Ia juga menyerupai sifat burung hantu itu sendiri yang mampu untuk menyelinap ke sesuatu tempat tanpa disedari.

Dron tersebut dicipta seperti burung hantu berbulu putih dan dilengkapi dengan ekor khas mempunyai berat kira-kira lima kilogram. Disebalik kehebatan dron ini, pihak kementerian pertahanan Rusia juga sedang mengusahakan sebuah lagi dron yang menyerupai burung helang bagi meningkatkan kaedah keselamatan bagi negara itu.

Sumber: Newsweek

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa