Siakap Keli
Kredit: FB KKCity

Tular Video Kucing Terseret Belakang Kereta Bergerak, Kesan Darah Atas Jalan

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di serata dunia dek kerana kecomelannya dan kemanjaan mereka dengan pemiliknya.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku apa-apa yang menyakiti haiwan berkenaan, ia pasti akan menyentuh hati ramai terutama sekali para pencinta kucing.

Begitu juga kisahnya dengan satu kejadian yang dipercayai berlaku di Tuaran, Sabah baru-baru ini. Sebentar tadi, telah tular di FB satu video yang memaparkan seekor kucing terseret di belakang sebuah kereta dan kesan darahnya kelihatan di atas jalan.

Video itu telah dikongsikan di laman Facebook KKCity dan menurut pengirim video ini kepada mereka, pemandu kereta yang merakam video ini telah cuba memberhentikan kereta ini dengan membunyikan hon, namun ia tetap meneruskan perjalanan.

Kelihatan dalam video seekor kucing diheret oleh sebuah kenderaan. Kejadian berlaku di Tuaran (berdekatan Ant Farm Tuaran). Dipahamkan kejadian ini berlaku hari ini.

Kredit: FB KKCity

Tidak dapat dipastikan pemandu kenderaan tersebut sedar atau tidak hal ini. Menurut pengirim video, pemandu kereta yang merakam kejadian sudah hon tapi kereta tersebut masih meneruskan perjalanan. (mungkin tidak sedar/dengar)

* Elakkan membuat sebarang spekulasi. Mungkin juga pemandu tersebut pun tidak sedar yang ada kucing dibelakang kereta beliau 

Kiriman DM FB

Sumber: Facebook KKCity

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi