Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: IG Amber Chia/Hasshe)

Malaysia Diundi Dalam Senarai 25 Negara Paling Seksi Di Dunia

Malaysia sering dikenali dengan rakyatnya yang sopan santun dan peramah, tetapi percayakah anda, negara kita baru sahaja tersenarai dalam 25 negara paling seksi di dunia?

Ya, menurut satu laman web perlancongan antarabangsa, Big 7 Travel, Malaysia telah diundi sebagai negara ke-25 paling seksi di dunia. Ia adalah hasil satu kaji selidik yang dilakukan mereka dan melibatkan seramai 1.5 juta peserta.

Menurut laman tersebut, antara individu yang mungkin membantu Malaysia memperolehi kedudukan itu ialah pereka kasut terkemuka, Jimmy Choo serta model terkenal, Amber Chia.

Tidak mustahil, pelakon popular Fattah Amin juga membantu kerana beliau pernah dinobatkan sebagai lelaki ke-76 paling seksi pada tahun lepas.

Kedudukan Malaysia itu telah mengatasi banyak negara-negara lain yang kita sering anggap lebih ‘seksi’ sebelum ini seperti Thailand, Jerman, Amerika dan Belgium.

Bagaimanapun, Big 7 Travel tidak menetapkan definisi sebenar ‘seksi’ dalam kaji selidik berkenaan sekaligus memberi kemungkinan bahawa ia bukan sekadar mengenai gaya penampilan sahaja.

Ini bukanlah kali pertama kita dikaitkan dengan senarai ‘paling seksi’ ini. Selain Fattah Amin, bahasa Melayu juga pernah diiktiraf sebagai bahasa  ke-37 dengan ‘slang’ yang paling seksi oleh laman sama beberapa bulan lepas.

Sumber: Big 7 Travel

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi