Siakap Keli
Gambar: Huffington Post

Tragedi Serangan Bersenjata Di Masjid, Imam Dan Jemaah Cedera Ditembak

Brest, Perancis – Beberapa tembakan didengari di hadapan masjid fahaman Sunnah pada tengah hari Khamis dan mencederakan seorang imam bersama satu yang lain.

Menurut Pendakwaraya, Jean-Philippe Recappe berkata, penembak melepaskan tembakan ketika orang ramai meninggalkan masjid berkenaan di kejiranan Pontanezen.

Kedua-dua lelaki yang tercedera dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil.

Selepas menembak dua individu terbabit, suspek dikatakan melarikan diri dalam kereta jenis Renault Clio yang kemudiannya ditemui polis di kejiranan berdekatan.

Mayat suspek ditemui berhampiran kenderaannya dengan kesan kecederaan di kepala akibat tembakan.

Polis menghentikan pencarian setelah mempercayai suspek bertindak seorang diri.

Menurut akhbar tempatan, Le Telegramme, suspek dikatakan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan melalui Facebook miliknya.

Imam yang ditembak tersebut, Rachid Eljay dikatakan mempunyai 68,000 pengikut di Youtube dan 1 juta likes di laman Facebook miliknya.

Sumber: DW.com

Amira

Love yourself.