Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat Di Kepulauan Mariana Dan Sederhana Di Sulawesi

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik malam tadi manakala gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di pulau Sulawesi, Indonesia, awal pagi ini.

Menurut, satu kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, hari ini, gempa di Kepulauan Mariana yang berlaku 1,778km selatan dari Yosuka, Jepun itu pada pukul 11.51 malam tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi di Sulawesi yang berlaku 210km utara dari Kendari, pada pukul 2.07 pagi ini juga tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di