Siakap Keli

9 Tip Pemakanan Ini Bermanfaat Untuk Pengidap Diabetes Dan Hipertensi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Diabetes boleh terjadi samada disebabkan faktor keturunan atau pengambilan makanan manis yang berlebihan. Kajian mendapati 70 peratus pesakit diabetes turut mengalami darah tinggi. Oleh itu, pemakanan yang sihat dan seimbang bagi kedua-dua jenis penyakit hendaklah diamalkan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Berikut merupakan perkongsian daripada Hello Doktor tentang pilihan makanan yang baik untuk pesakit diabetes dan hipertensi.

1. Elakkan garam

Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan diet yang mengandungi kurang daripada 1500 miligram natrium sehari (tidak lebih daripada satu sudu teh). Elakkan menggunakan garam sebaliknya tambah perasa makanan menggunakan bawang putih, halia, oregano, jintan atau rosemary, dan lain-lain.

Makanan daripada restoran mungkin melibatkan penggunaan garam lebih daripada biasa. Oleh itu, luangkan masa untuk memasak di rumah apabila anda mengalami keadaan ini.

2. Tambah bijirin dalam diet

Makanan dengan bijirin penuh adalah bekalan serat dan nutrien banyak yang dapat mengawal tahap gula darah dan membantu anda kekal kenyang untuk lebih lama. Pastikan anda makan tiga hingga lima bahagian bijirin yang separuh daripadanya adalah bijirin penuh.

Gambar hiasan. (Kredit: Good Grain)

3. Amalkan pengambilan pisang

Pisang kaya dengan potasium yang dapat membantu menguruskan tekanan darah dengan mengurangkan kesan natrium (garam). Melainkan orang yang mempunyai masalah dengan buah pinggang, semua orang yang mempunyai diabetes dan tekanan darah tinggi perlu menambah kalium dalam diet mereka.

4. Hindari alkohol

Minuman mengandungi alkohol akan meningkatkan paras gula darah. Ia juga boleh membuat orang makan lebih banyak kerana merangsang selera makan mereka.

5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sejumlah besar mineral, vitamin, antioksidan, dan serat. Ramai saintis telah membuktikan bahawa pemakanan sebegini mempunyai kesan ke atas paras gula darah dan mengawal tekanan darah.

6. Kurangkan kebiasaan minum kopi

Cuba untuk menghadkan jumlah kafein yang anda ambil sehari kepada 200 miligram sahaja. Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan paras gula darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Gambar hiasan. (Kredit: Self Help Zone)

7. Berhati-hati dengan lemak

Mereka yang mengalami kedua-dua keadaan ini harus mengelakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan panggang dan goreng. Mereka juga dinasihatkan untuk mengehadkan lemak tepu yang banyak ditemui dalam potongan daging berlemak kerana lemak ini dapat meningkatkan kolesterol yang membawa kepada masalah jantung.

Sebaliknya, banyakkan pengambilan lemak daripada tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun dan sebagainya.

8. Makan protein rendah lemak

Sumber protein rendah lemak dapat mengawal tahap gula darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama dan menjaga kesihatan jantung.

9. Kawal pemakanan setiap hari

Kawal diabetes dan hipertensi dengan menulis tabiat makan anda pada komputer riba atau telefon pintar anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Amira

Love yourself.