Siakap Keli
Gambar: CCTV

Nasib Baik Sempat, Tindakan Pantas Ibu Tangkap Anak Jatuh Dari Balkoni Berjaya Selamatkan Nyawa

Membawa anak kecil keluar dari rumah memerlukan pengawasan yang maksimum bagi memastikan keselamatan anak kecil tersebut terjamin. Perkara ini adalah kerana anak yang masih kecil sering melakukan sesuatu perkara yang berbahaya tidak kira di mana dia berada.

Insiden yang sama berlaku di Colombia melibatkan kanak-kanak terjatuh dari balkoni di tingkat empat bangunan Laures Colonial di Medellin. Kanak-kanak tersebut pada awalnya ingin menjenguk tingkat bawah menerusi balkoni tersebut dan dengan secara tergelincir lalu terjatuh.

Namun begitu, tindakan pantas ibunya yang menangkap kakinya telah berjaya menyelematkan kanak-kanak tersebut daripada jatuh di tingkap bawah. Insiden cemas tersebut telah berjaya dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, ibu kanak-kanak tersebut sedang menggunakan telefon bimbit ketika anaknya berada berdekatan dengan balkoni yang tidak sempurna itu. Tindakan pantas ibu tersebut yang menyelamatkan anaknya tanpa melemparkan telefon bimbit yang digenggam mendapat pujian rata-rata warganet yang melihat rakaman tersebut.

Apabila dilihat menerusi asas saintifik, tindakan reflek ibu tersebut telah menerangkan bahawa ketika menghadapi bahaya, badan manusia akan menjadi bersedia untuk membuat tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Disebabkan itu, kanak-kanak kecil tersebut dapat ditangkap oleh ibunya kerana mempunyai tindak balas yang sangat baik. Namun, apa yang lebih istimewa adalah hubungan dan ikatan antara ibu dan anak yang mengingatkan naluri seorang ibu untuk menyelamatkan anak mereka daripada bahaya.

Sumber: Asia One, CCTV World

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa