Siakap Keli
Gambar: CBS7.com

Tak Tahu Wujudnya Pistol Dalam Rumah, Kanak-Kanak 10 Tahun Tertembak Dua Orang Sepupu

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak untuk bermain sama ada bersendirian atau bersama kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Namun begitu, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap perlakuan mereka atau aktiviti yang dilakukan. Perkara ini adalah berikutan satu kejadian yang berlaku di Texas di mana seorang kanak-kanak perempuan tertembak dua orang sepupunya.

Seorang gadis berusia 10 tahun secara tidak sengaja menembak dua orang sepupunya ketika dia cuba merampas pistol tersebut daripada mereka. Terdahulu, pistol tersebut dijumpai di dalam rumah iaitu di dalam timbunan baju. Sepupunya yang berusia tujuh tahun terkena tembakan pada bahagian dada manakala yang berusia lima tahun terkena pada bahagian lengan.

Berikutan kejadian itu, nenek mereka yang berada di dalam rumah itu bergegas membawa kanak-kanak tersebut ke Cook Medical Centre bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Walau bagaimanapun, keadaan sepupu lelaki yang terkena pada bahagian dada dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala adiknya berada dalam keadaan stabil.

Walau bagaimanaapun, nenek dan ibunya tidak mengetahui mengenai kewujudkan pistol tersebut di dalam rumah itu. Ianya berkemungkinan daripada dobi yang mereka kunjungi sebelum itu. Setakat ini, tiada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis namun tidak menolak kemungkinan kejadian ini akan disiasat atas kesalahan jenayah.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa